Wednesday, February 17, 2010

kehancuranmu


Aku tak mendoakan kehancuranmu…tp tuhan maha berkuasa…apa yg kau lakukan padaku dr dulu hingga kini pasti akan dpt pembalasannya….untuk mendoakan kehancuran itu tidak mungkin sama sekali kerna aku sayang padamu…walau seberapa bnyk hatiku kau sakiti dan lukai….

Berita yg ku terima adalah berita yg mmg sudah ku jangka…satu anugerah padaku bila aku dpt menjangka apa yg bakal terjadi di masa depan…walaupun tidak 100% pasti akan terjadi tp sekurang2nya dalam 10 perkara itu mesti terjadi 3-4 dr padanya….

Maaf bukan aku mahu mengetawakanmu…tp adakalanya hatiku ini jahat juga bila terasa mahu aku bertepuk tangan melihat segala yg terjadi…tp jauh disudut hatiku aku mendokan agar dgn segalanya ini kau semakin menginsafi diri dan belajar menhargai manusia lainnya….

What goes around were come around…itulah dia…tuhan kalo nak tarik sesuatu nikmat tu sekelip mata ajer…Cuma aku malas mendoakan kehancuranmu…kerna sebagaimana jahat dan sakit pun hatiku ini aku tidak menginginkan kehancuran pada mereka yg aku kasihi dan pernah aku kasihi….aku mendoakan moga semua yg terjadi ini membuatkan mu celik mata dan sedar dan menoleh kebelakang apa yg telah kau lakukan pada mereka sebelomnya….

Kasihan pada mereka yg kau kerah ke sana sini dan aku yakin tak lama lg salah seorang drnya akan ttp meninggalkanmu….yg mmg milikmu itu cuma membuat segalanya dalam keterpaksaan…disebabkan sebuah ikatan…maka sebenarnya segala yg dilakukan tanpa keikhlasan…satu hari dia juga pasti akan meninggalkanmu….waktu itu sekiranya aku masih disisimu bukan kerana ingin mengetawakanmu tp aku bersedia utk memberikanmu segala apa yg terdaya untuk membuatmu tegak berdiri semula….




160210@kuantan






dk II


Andai nak dikata saya cemburu melihat segala apa yg dilakukan dk dgn semua PA bolehlah….tp sebenarnya saya kesian kat budak2 tu….mereka tak tahu apa hakikat sebenar hidup disamping dk…


Dk memang manis mulut menabur janji…dk bawa PA2 ke sana sini dan melayan bagikan puteri, diberi segala apa yg mereka mahu, hakikat apa yg dk ragut dr mereka tidak mereka ketahui…mereka tidak akan menyangka habis madu sepah dibuang….saya tak tahu apa yg mereka fikirkan…mereka terlalu yakin dgn segala janji dk….walaupun dk tidak memburukkan isteri2nya tp dk ttp dgn segala kata yang manis dibibir saja….


Mungkin kerna saya adalah salah seorang yang ditakdirkan menjadi dekat dan hampir keseluruhan kisah kehidupan dk hari ini dan sebelumnya saya ketahui dr dia yg hampir sedekat hidup bersama dk….saya jd kasihan dan ingin berada disamping dk utk membantunya bangun semula…hilangkan segala dendam pada wanita yg pernah menghancurkannya….kerna bagi saya dendam dk hanya memusnahkan dirinya sendiri….


Saya tetaplah diri saya itu yg buat dk adakalanya memang naik angin dgn saya….saya ttp akan tegur dk atas segala kesalahan yg dilakukan sekiranya perkara itu spai dipengetahuan saya….saya tahu dk sukar menerimanya kerna mungkin dikalangan isteri2 dia pun tak seberani itu menegur dk….ntahlah…pada saya kalo bebenar2 sayang kita akan tegur kesilapan mereka….kalo dibiarkan terus bermakna kita suka melihat kehancuran dia yg kita kata kita sayang….pada saya sayang tak bermakna biarkan mereka sekalipun mereka melakukan kesalahan… dan kesalahan mereka tidak seharusnya ditegur dgn kekasaran…


Sikap saya yg satu itu buat dk menjauhkan saya dr kehidupan sebenar dia…tp saya yakin walaupun saya jauh saya akan dpt juga menegur dk…dgn cara saya…sebagaiman saya lakukan pada papa….mungkin tak ada yg memahami apa yg saya lakukan ini…biarlah asalkan saya faham niat sebenar saya….saya terima takdir dan hakikat kehidupan ini yg dk bukanlah milik saya tp saya ttp mahu dia berubah dan membahagiakan mereka yg mungkin akan hidup bersama dia hingga hujung nyawa….bahagia saya pasti juga akan ada satu hari nanti….makna sayang pada saya adalah bahagia bila melihat org yg kita sayang berbahagia dgn apa yg mereka inginkan dalam kehidupan mereka berlandaskan kebenaran, keikhlasan dan kejujuran….


Sehingga hari ini saya pasti tiada seorang pun isteri dk berani menegur dk dengan segala kerakusan dk…mereka hanya berani dikalangan mereka memperkatakan segala kebuasan dk dan demi untuk mengubat hati masing2 mereka menyalahkan wanita yg dk rosakan dan memadankan muka gadis2 yg dinodai dk….hakikat bagaimana dk memperlakukan gadis2 tersebut tidak mereka fikirkan walaupun hakikat sebenarnya mereka sendiri pernah melaluinya….mengapa ada wanita yg sebegini, wanita yg terlalu suka mempersalahkan kaum mereka disebabkan seorang lelaki…apakah itu makna sayang yg sebenar2nya? Kerna terlalu sayang pada seorang lelaki mereka terima segala kesalahan yg dilakukan? Mereka terus melupakan segalanya bila ditaburi dgn kata manis dan pujukan, bila berdepan segala kemarahan yg menyala terpadam dan mereka hanya menganggukkan segala yg dk tuturkan…mungkin disebabkan itulah dk membenarkan saya pergi dr sana namun dk tidak mahu hubungan dgn dia saya putuskan….jangan dk sangka bila berjauhan saya tidak akan menegur dk…..bila saja ada kesempatan akan saya lakukan…itu saja tanda sayang yg dpt saya berikan pada dk….walaupun saya juga sendiri tidak pasti sejauh mana sayang yg dk tuturkan pada saya itu ikhlas….mungkin kerna dk juga antara yg rapat dengan saya itulah sbbnya terbit sayang saya pada dia dan selebihnya saya kasihan melihat kehidupan sebenar dk….walau punya bnyk isteri dan anak2 hakikat sebenarnya dk tidak miliki apa pun…itu yg saya lihat….


Kasihan saya pada dk melimpah ruah bila melihat dk termenung sendirian, seolah dia sendiri meyedari hakikat kehidupan dia yg ntah dimana akhirnya…dr wajah dk yg sebegitu saya seolah dpt melihat yg dk sendiri tersiksa dgn segala apa yg dilaluinya dan dilakukannya pada semua….namun dk mungkin belum temui jalan untuk keluar dr segalanya dan mungkin belum ditemui seseorang yg mampu memberikan sokongan dan memimpinya keluar dr situ….yang paling nyata dek kerna EGO seorang lelaki dk berlagak seolah segala2nya berada dilandasan yg betul…walau kepincangan itu tak dpt lagi dilindungi….


Moga seandainya kami masih berhubungan saya mahu jd wanita yg mampu memberikan kesedaran pada dk…tidak saya tuntut apa2 pun sebagai balasan cukup seandainya dk dpt melalui kehidupan sebenar diatas landasan yg benar dan dihormati, disanjung dan dipandang mulia dek anak2, isteri dan pekerja2….semoga dk dpt menjadi pemimpin pada institusi kekeluargaan dan syarikat yg dimilikinya…..saat itu mungkin saya akan pergi dr kehidupan dk dan mencari kebahagian saya, walau entah dimana, perjalanan itu ttp akan saya teruskan sehingga ke destinasinya satu hari nanti….


150210@kuantan





dk

Dk melambung saya mcm bola ke sana sini bila saya tuntut gaji saya yg terakhir….biarlah buatlah sesuka hati dia selagi dia mampu….mmg ternyata berlainan sungguh dk bila depan mata dan ilang dr mata…

Saya tak peduli apa dk anggap saya pada dia….sikap dk yg sgt berbeza masa didepan mata mmg mengelirukan….moga selepas ini saya sibuk dgn kerja dan dk sibuk dengan urusannya, sedikit2 hubungan kami akan renggang, sekalipun dk memang pernah berpesan jangan melupakan dia, naum segalanya terserah pada takdir dan waktu….saya tak berani secara terang dan kasar meninggalkannya…saya tak mahu sekali lagi disakiti dgn segala mcm ilmu hitam…memandangkan saya tahu dk tak kurang juga mengamalkan menda sedemikian….

Dk cukup pandai berlakon untuk mengaburi isteri2 dia…selama ini dk menunjukkan bencinya pada saya, walau hakikat sebenarnya dalam hati dia bergolak sebaliknya…semuanya semata2 nak menutupi perasaan sebenar dk pada saya dr diketahui isteri2…..tp sejauh mana dia menyembunyikan, naluri seorang isteri pasti akan dpt mengesannya….

Mmg ternyata bila berjauhan dr isteri tindak tanduk dk berlainan sekali ..mulut manis dk mengayat mmg buat mereka yang tak cukup berakal akan hanyut dilambung perasaan….bila dah mengetahui hakikat sebenarnya nnt barulah akan menyesal….kesian saya pada gadis2 lain yang tidak mengetahui hakikat kehidupan dk….saya bersyukur selama saya di sana terlalu bnyk yg saya lihat dan ada sebahagiannya tanpa pengetahuan dk…itulah rahmatnya kesilapan saya dalam menerima kerja yang ditawarkan dk…sebahagian dr pada apa yg saya lihat itulah yang membuatkan saya tidak terlalu mempercayai segala kata2 dk dan dr situlah yg timbul kasihan saya pada dk dan ingin saya membantu dk, saya ingin memberi sokongan utk dia bangun semula dan memdamkan dendamnya pada kaum hawa…disamping saya taknak dk terusan mempermainkan kaum saya dan menyakiti hati isteri2nya….

Saya sedar segalanya tp saya ttp bermain dgn api sbb saya nak menjadi wanita pertama yg membuatkan dk sedar dan menghargai wanita, menghormati wanita, menaikan martabat wanita, menyayangi wanita yg dinikahinya, tidak memperhambakan wanita dan menjadikan wanita tmpt melepaskan nafsu semata….

Keyakinan saya kuat bahwa saya mampu melakukannya….mungkin disebabkan dk pernah kata tmpt pertama kami berjumpa adalah masjid besar yg tersergam indah lambang keagung agama Islam, maka kata dk dia yakin apa saja silaturahim yg terjalin diantara kami akan berkekalan, moga apa yg dituturkan dk adalah lahir dr hatinya….untuk terlalu yakin pada kata2 dk saya bimbang juga, tp dk tetap mengulanginya baru2 ini, disamping berniat utk solat berjemaah dgn saya….doa saya moga semuanya adalah tulus dr hati dk dan saya mendoakan akan ada perubahan secara beransur2 dalam diri dk…kerna dia tak akan hidup menongkat langit….

Walau terlalu bnyk sikap dk melukakan, tp saya ttp mahu melihat dk berubah, saya kesian sebenarnya tgk dk, terutama bila sebahagian kisah kehidupan sebenar dia dgn isteri2 dia dlm pengetahuan saya, segala yang saya ketahui bukan dr mulut dk tp dr penelitian dan pemerhatian saya selama saya berada dalam kehidupan dk, kadangkala saya rasa mcm saya nak bagi dia layanan sewajarnya didapati dek seorang suami, tp memandangkan dk bukan siapa2 pada saya biarlah hasrat itu saya kuburkan jauh dilubuk hati…seandainya dk tahu saya takut dia akan menuntutnya….walaupun dk sering kata dia rasa lebih manja dan mengada2 bila kami habiskan masa bersama….sikap saya yg memang suka memanjakan siapa saja yg rapat dgn saya mmg tak saya nafikan…sudah sejak azali saya dijadikan begitu….lihat saja taufek dan nurhakimie spai skrg masih mkn bersuap walaupun masing2 dah berusia 13 dan 8 thn…blom lg dgn 4 lg anak2 sedara saya….tak dinafikan sesorang pernah kata yg saya punyai sifat keibuan yg terserlah….

Ada waktunya saya mmg teringin menjadi surirumah sepenuh masa dan berbakti hanya pada suami dan anak2…keinginan itu mmg sering kali menjengah hati saya kebelakangan ini, moga tuhan menghadirkan seorang lelaki yg dpt saya curahkan kasih sayang utk saya jdkan tempat bermanja dan contoh kepada anak2 saya kelak…Aminnnnn….




140210@kuantan

you'll be in my heart



whatever it takes and how my heart breaks
i still want to thank you
something gotten hold of my heart
shipping my soul and sense a part
you came my way and took my heart
dragging to a beautiful land
even i don't know whether you were here again
and to see me or not
thank you for all wonderful things happen between us
you will be in my hearts....




130210@kuantan




Friday, February 05, 2010

Mimpi

terima kasih kerna buat aku terluka
bangunkan aku dari lena
aku yang mudah terleka dan terlupa
siapa aku yang sebenarnya
sangkaku sudah jumpa tempat bermanja
rupanya angan-angan ku saja
belum TakdirNYA untuk aku
merasa sekali lagi dicinta

terima kasih sedarkan aku dari mimpi.....




050210@kuantan





Saturday, January 30, 2010

kapal layar....


akhirnya siap gak projek yg bertahun saya usahakan....ini adalah hadiah buat seorang teman...tp dah lama kami tak berhubungan...baru2 ni sebaik siap ajer projek ni saya ada hubungi dia ditmpt yg biasa kami berbual dan mmg selama ini disitulah kami saling mengenali sehingga kami menjadi sahabat yg teramat akrab....

kapal ini masih ttp hadiah saya buat dia....tp tak tau mcmana nak disampaikan...mungkin utk menunggu detik itu saya akan frame n gantungkan dibilik saya yg bakal akan siap dlm 3-4 bln lagi....saya letakkan disini dgn harapan satu hari andai sahabat saya tu punya masa mengunjungi daerah saya ini akan dia terlihat kapal yg mmg saya niatkan utk dihadiahkan buat dia....

moga2 nnt sahabat saya tu akan bg saya alamat utk saya postkan pada dia...seandainya tidak saya akan simpan buat kenangan saya pernah mengenali dia...

cantik tak hasilnya ni sesudah siap? soklan buat YGH..... :)




50 hari II

jika mahu di kata apa yg saya buat ini adalah dr hasil terbitnya cemburu…walau tidak 100% saya akuinya, itu yg membuat saya semakin kuat dgn apa yg ingin saya lakukan…

saya tak setabah mereka yg lain…cemburu itu menjelma juga bila saya rasa teramat letih dgn segala yg telah saya lakukan…bukan layanan ibarat puteri yg saya inginkan…cukuplah menghargai kerja saya dan beri ruang utk saya melalui kehidupan saya….50 hari saya mengorbankan segalanya disini, ttp juga saya dianggap tidak bagus dalam apa jua…perasaan cemburu itu terbit bila org yg baru hadir mendapat segala keistimewaan, merasa pulang lebih awal dan mendapat layanan yg teramat istimewa..sedangkan saya selama ini ibarat hamba yg tak ada nilainya…begitu bertuahnya ‘dia’ dimata dk dan begitu ‘dia’ diberi layanan yg teramat sempurna, diberi jamuan mkn besar bila melakukan kesalahan dan tak pernah dimaki hamun sebagaimana saya…

akhirnya runtuh juga ketabahan saya bila segalanya itu terhidang depan mata…mmg ternyata saya tak mampu memberikan yg terbaik sebagaimana kehendak dk…apa yg saya lakukan selama ini ternyata semuanya mmg tak ada nilainya dan tak mendatangkan apa pun kebaikan pada syarikat…jd sebaiknyalah saya mengundurkan diri saya sebelum lebih banyak lagi kerosakan dalam syarikat itu terjadi dek saya….

Kesedaran yg saya ini juga sudah tidak lg mampu bersaing dgn mereka yg muda dan remaja…saya sudah melalu 3 dekat dlm kehidupan ini…tiada lg gunanya pada mereka yg masih remaja…segala usaha saya dan apa yg saya curahkan tidak lagi ada nilainya…segalanya hanya menjadikan keadaan semakin keruh dan gawat….itulah yg mungkin ada diminda dk…mungkin dk serbasalah utk mencampakkan saya begitu saja…mungkin juga selama ini segala makian dan hamunan yg dilemparkan adalah kerna ingin saya mengundurkan diri dgn sendiri…seandainya mmg itu yg diharapkan dk makanya saya akan lakukan…biarlah saya yg pergi dr terusan saya merasa tersiksa jiwa dgn segala yg terhidang didepan mata…walaupun ada waktunya makian itu tidak meninggalkan kesan dihati saya namun saya juga manusia…ada waktunya ketabahan dan kesabaran saya akan runtuh….

Walaupun berat hati kerna saya merasa segala kerja yg dipertanggungjawabkan pada saya bukanlah satu bebanan, namun kerna tidak langsung pernah dihargai makanya saya harus mengambil jalan terbaik utk semua dan terutamanya diri saya sendiri…saya perlu terus mencari yg benar2 dpt menghargai saya sebagaimana selayaknya yg harus saya terima…mungkin disini bukanlah lagi tempat saya….rezeki saya disini hanya setakat itu…moga dgn kepergiaan saya akan memberikan dk satu kepuasan hati dan kelapangan dada…tidak perlu lg dk terusan harus memikirkan apa yg harus dibuat lg demi utk membuat saya berundur diri….








50 hari

genap hari ni 50 hari saya berada didalam kehidupan yg begitu rapat dgn kehidupan dk….berbagai cerita telah saya dgr dan saksikan sendiri….teramat berbezanya dgn apa yg selama ini saya gambarkan…


segala pengalaman dalam 50 hari ini mmg cukup mendewasankan saya dan cukup membuat saya bertambah yakin dgn apa yg ada dihati saya ini…saya telah memperjudikan nasib selama saya berada disini...terlalu bnyk waktu saya korbankan disini dan begitu saya memperjudikan kehidupan saya…selama disini saya kehilangan waktu utk diri sendiri…saya sendiri tak pasti apa yg bakal saya dpt dari hasil pengorbanan saya ini…yg pasti saya tidak mengharapkan pangkat dan kedudukan…yg saya pentingkan adalah hasil dr titik peluh dan waktu yg saya korbankan…kerna saya memerlukannya utk meneruskan kehidupan…segala pangkat dan kedudukan yg dicadangkan tidak memberikan apa kesan dihati saya…


bukan kerna terlalu yakin dgn diri, tp saya tahu siapa saya…bak kata seorang teman satu waktu dulu “benih yg baik dicampak ke laut akan menjadi pulau”…seandainya mmg sudah takdir menentukan yg saya hanya menjadikan tmpt ini pelabuhan utk singgah makanya saya harus menerima dgn hati terbuka…mmg sudah ternyatalah disini bkn tmpt utk saya meneruskan rezeki saya….


Terlalu bnyk perkara yg membuat hati saya terluka di sini…saya tidak peduli dgn segala janji-janji…saya hanya mahu mereka menghargai segala usaha dan waktu yg telah saya korbankan…seandainya itu mmg tidak ada makanya saya harus melangkahkan kaki saya mencari pelabuhan lain utk disinggahi…saya yakin yg rezeki pasti ada dimana-mana saja dan satu hari pasti akan saya temui pelabuhan yg tetap utk saya singgahi….


Bukanlah kerana saya terlalu mementingkan kehidupan yg sempurna tp cukup satu kehidupan yg membahagiakan dan tiada airmata kedukaan…kemewahan tiada maknanya sekiranya ada insan-insan lain menderita…


Di sini terlalu bnyk penderitaan hati seorang isteri saya saksikan…terlalu zalim sekiranya saya katakan apa yg terjadi adalah satu kekejaman, namun itulah yg ada didepan mata saya…saban hari saya melihat ada airmata yg menitis…penderitaan jiwa yg bkn sedikit terpaksa ditanggung….


Disini ketidakadilan seorang suami terbentang jelas didepan mata…saban hari saya dihidangkan dgn segala mcm rencah kehidupan yg penuh duka seorang isteri….berat mata saya yg memandang, berat lagi bahu yg memikul segala rasa dan penderitaan…saya hanya mampu memahami apa yg dirasai dan dideritai…apakah saya masih mahu berada disini utk merasai segalanya…?hmmm….saya ada jawapan itu…namun biarlah saya tinggalkan ia dihati sehingga satu hari yg pasti akan saya luahkan segalanya…


Saya seorang dewasa yg dpt melihat segalanya dgn nyata…namun saya juga sorang yg sentiasa mementingkan perbincangan dalm apa jua keadaan…saya manusia yg tak pandai bertindak dgn kekerasan kerna bimbang kekerasan itu akhirnya akan memakan diri saya…saya takut kekerasan itu dibalas dan akhirnya saya yg terpaksa menanggung akibatnya…maka itulah sbbnya setiap apa yg terjadi saya memerlukan perbincangan…biarlah mereka kata tidak betul tindakan saya itu tp itulah yg selama ini saya praktikan…pada saya perbincangan akan ttp menghasilkan suatu kebaikan…paling tidak tiada dendam dihati…bak kata pepatah ‘ibarat menarik rambut dalam tepung, biarlah rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak”…


Tuesday, January 05, 2010

semalam

semalam hampir jam 12 mlm baru kami keluar dr ofis...kehadiran dk pada waktu yg agak lewat memberikan saya peluang utk melahirkan apa yg ada dihati saya selama ini, terutama sejak meletusnya perkara yg kurang menyenangkan pada saya yg mendengar dan melihat segalanya....

semalam berjaya saya berbicara dgn dk secara harmoni...mesej yg saya spaikan adalah demi utk kebaikan dan menjaga maruah dk....terus terang saya katakan yg saya bkn sesuka hati dgn sengajanya nak mencampuri segala keperibadian dk....namun saya yg agak rapat dgn dk perlu mengatakan sesuatu atas apa yg saya dgr dan lihat....

semalam dgn tenang dk dpt menerima apa yg saya katakan dan tiada keteganggan diantara kami yg berlaku...harapan saya moga dk dpt menerima teguran secara lembut dan memikirkan tindakan yg seterusnya....mungkin dek kerana sayanglah yg saya mahu dk menjaga maruah dirinya dimata kakitangan....saya sebagai antara yg rapat dgn dk kurang selesa bila kebnykkan kakitangan kurang menghormati dk atas apa yg sedang dan telah berlaku....

semalam saya luahkan apa yg dipengetahuan saya selama ini...segalanya berkaitan semua kakitangan wanita yg telah meninggalkan dan masih kekal disini...mungkin sbb saya yg sudah hidup hampir 4 dekat ini yg membuatkan saya agak berani berterus terang dgn dk....bicara kami juga bknlah bicara anak muda remaja yg mabuk cinta...sikit pun hal peribadi yg berkaitan hubungan dk dgn saya tak kami sentuh smlm....saya mementingkan segala perkara yg hangat diperkatakan....

semalam bukanlah waktu utk saya menagih segala apa yg dk janjikan suatu waktu dulu...kerna semua itu pernah saya anggap seumpama angin lalu...mungkin kerna pengalaman lalu membuat saya jd begitu....segala janji2 lelaki hanya umpama menanam tebu dihujung bibir...walaupun dr segala tindakan rasa cemburu dk yg melampau pada saya kadangkala buat saya terfikir benar bersungguhkah dk, tp masih tidak dpt merubah apa yg ada difikiran saya....

semalam asalnya saya mahu memastikan kedudukan sebenar saya...saya sebenarnya mahu meminta kepastian utk saya meneruskan kehidupan saya sebagaimana yg saya rancang tanpa kehadiran dk dlm segala perancangan....tp hasrat tu saya pendamkan dulu....mungkin dlm waktu terdekat ini akan saya luahkan....dk sudah mula mengorak langkah jd seharusnya juga saya tahu apa yg harus saya lakukan demi masa depan....dgn segala apa yg dk jelaskan smlm saya masih kurang yakin....namun saya biarkan yg penting apa yg ingin saya perkatakan sudah pun saya luahkan....bkn niat saya mencampuri segala hak peribadi dk...tp saya sebagai seorang yg rapat dgn dk rasanya tak spai hati melihat kehancuran dk satu hari nnt hanya dek kerana seorang wanita....bak kata pepatah wanita yg mengocang buaian mampu mengoncangkan dunia....sebenarnya saya tidak mahu maruah dk dipijak dan dk tidak dihormati oleh kakitangan dan anak2....cukuplah apa yg sudah terjadi sblom ini....saya tahu mungkin kerana peritsiwa lalu yg membuat dk bersikap begini...namun segala kepincangan tidak perlu diteruskan demi utk sebuah kehidupan....saya tak nmpk dimana kebahagian yg dk kejar sekiranya dk masih bersikap seperti ini....

semalam saya sebagaimana suatu waktu dulu....setiap kali menghadapi satu ketengangan, kelembutan yg tak pernah saya pamerkan akan terlahirkan....satu anugerah yg sgt saya bersyukur dikurniakan kepada saya....sbb itu saya amat yakin bahawa kekerasan tidak harus ditangani dgn juga kekerasan...sekeras2 dk namun lembut juga bila dgn tenang semalam kami berbicara....tiada niat saya utk yg lain, melainkan saya mahu dk menjaga maruah diri sendiri dimata anak2 dan kakitangan....biarlah kami yg harus tahu segala keburukannya saja yg tahu...sebagaimana suatu waktu dulu saya mampu melindungi maruah seorang lelaki lebih sedekat lamanya....maka inilah juga yg saya ingin cuba lakukan pada dk....saya kasihan melihat dk dlm keadaan ini...mungkin sifat kewanitaan saya yg terlalu halus membuat saya berfikiran begini terhadap dk dan keluarganya....

dan kerana sifat kewanitaan saya inilah juga saya tidak mahu lebih ramai lg wanita2 disekeliling saya ini meneruskan apa yg mmg sudah nyata pincang dimata saya...mungkin ini saja sumbangan kehidupan yg dpt saya berikan pada kaum sejenis saya...




Monday, January 04, 2010

2010

2010 semoga hadirnya memberikan sinar baru dan sebuah kehidupan yg lebih sempurna utk kami lalui dan merancang masa depan....

permulaan 2010 sehingga hari ini amat baik...mlm 2010 pertamakalinya saya sambut...sllnya saya dok umah bertemankan pc....inilah pertamakalinya saya kluar dan berhibur dgn teman2 pejabat termasuk dk....mlm tu saya nmpk kegembiraan dk yg teramat...namun saya bimbang semua tu dilakukan kerana hendak menutupi segala kegusaran hatinya...

mlm 2010 dimulakan dk dgn bacaan yasin dan mkn mlm dgn semua staff dr semua branch...namun ending mlm hanya dihabiskan dgn mereka yg jawatannya agak tinggi...saya kurang senang dgn cara itu sebenarnya, namun siapalah saya utk mengubah apa yg sudah ditetapkan....dlm diam saya berniat utk meraikan staff2 saya yg lain dlm sedikit waktu lg...

pertamakalinya saya blk awal pagi utk tahun baru...tak pernah terjadi dlm hidup saya selama ini....apapun saya ttp bersyukur sbb kami bknnya melakukan sesuatu yg kurang baik...semuanya masih terpelihara n masih dibawah normal....

nmpk sikit perubahan pada dk....mungkin dlm proses dia merancang sesuatu...











Wednesday, December 30, 2009

dendam....

hmmmm...nilah perkataan dk utk menyelesaikan segala perang dingin dia dgn saya...dk lancarkan perang dingin secara rasmi sejak balik dr Kuching...kata dk semer yg terjadi selepas blk dr kuching adalah sbb dendam....

segala maki hamun dan semua angin puting beliung yg tak menentu dk buat selama ni kerna dendam yg dia pendam...dendam n sakit hati yg dia rasa dr apa yg terjadi di kuching...sebenarnya mmg niat saya nak buat dia sakit hati makanya mmg menjadilah apa yg saya niatkan....ternyata mmg dia amat2 sakit hati...than baru dia tahu saya juga ada hati dan perasaan...

tp satu yg saya rasa kurang senang sbbnya apa gunanya dk nak berdendam dan sakit hati pada saya atas apa yg terjadi dikuching...saya hanya menjawab panggilan dr rakan dan hanya berbual mesra dgn kakitangan dikuching...hanya disbbkan perkara tu yg buat dk hangin sepanjang bulan ini....isnin lepas baru selesai segalanya....baru dk berterus terang...

hmmm....tak tau saya nak kata aper...walaupun saya tau apa yg membuat dk berperasaan mcmtu...hakikatnya saya tidak mahu meneruskan apa yg sedang dk rancangkan...cuma saya tak berjumpa lg jalan terbaik utk saya menolak dk...saya tahu saya perlu menggunakan bnyk diplomasi dlm hal ni....

Sunday, December 20, 2009

ntahlah....

saya bebetul tgh keliru skrg ni...ikutkan rasa mmg dah sehabisnya kesabaran saya dalam mejalankan segala tugasan yg diberi....rasa semangat saya semakin lemah bila semakin terasa yg segala usaha dan hasil kerja saya tak pernah dihargai...

dah masuk 2 minggu masih juga tugasan yg sama dibebankan, walaupun sudah sebaiknya saya selesaikan masih juga dicari kesalahan saya, kalu sesunggunya mmg merasakan saya tak mampu membuat tugasan yg lain beri sajer pada saya kata dua...kadangkala bkn sengaja hati saya rasa cemburu dgn keistimewaan kakitangan baru rasakan...mereka punya waktu rehat walau baru 2-3 hari masuk kerja...sedangkan saya takpernah ada waktu itu...

ikutkan apa yg saya fikir skrg ni saya hanya mahu menyelesaikan segala tugas yg ada dan memohon mengundurkan diri...kerna merasakan saya sudah tidak mampu bersaing dgn segala tugasan yg tak pernah habis utk saya dan segala kesalahan org lain yg dihumbankan kesemuanya diatas kepala saya....inilah minggunya yg saya benar2 rasa kemampuan dan kesabaran saya semakin menghilang...apakah lagi ujian yg akan datang....apakah ini titik waktunya yg akan membuat saya rebah?

bukan kemanjaan atau layan bak puteri raja yg saya perlukan...cukuplah sekali menghargai kerja2 saya dan beri saya ruang utk berehat...apakah salah pilihan saya memilih kerja ini...?saya cuba semampunya utk bertahan...tp minggu ni saya benar2 rasa saya sudah tidak mampu lagi...seandainya perasaan ini berkekalan sehingga minggu depan makanya saya akan merelakan sekali lagi saya menjadi penggangur dan terus menanti diterima diinstitusi yg lain pula....

saya perlu berbincang dr hati ke hati....bukan kerana inginkan layan istimewa, cukup sekadar saya diberi ruang dan jgnlah lagi terusan mencari silap saya yg skrg ini nampaknya hanya direka bagi menyusahkan saya....saya benar2 sudah tidak berkemampuan lagi...

keutamaan saya adalah kerja dan hasil pendapatan saya utk menangung hidup...itu yg membuat saya bersabar selama ini...seandainya mmg sudah takdir menentukan yg saya harus terus bersusah payah kehilangan kerja, tak mampu saya menolaknya lagi...maka dgn berat hati akan saya ucapkan selamat tinggal pada semuanya....mungkin usia sudah tidak mengizinkan saya utk terus berada dibidang ini...biarlah mereka yg lebih muda dan aktif meneruskannya....




Wednesday, December 09, 2009

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat arwah kak han...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....Aminnnnn....

terkejut sungguh saya masa dpt berita perginya kak han ke pangkuan Yang Maha Esa...tp ajal maut semuanya ditangan Tuhan mmg tak akan terjangkakan dek kita...saya hanya smpt meyedekahkan Al-Fatihah buat kak han...mmg saya nak sgt pegi melawat tp apakan daya saya tak berkesempatan...tak tau la kenapa bos saya ni dengki sgt nak pegi melawat pun tak kasi...

teringat semua kenangan saya bersama kak han...mmg kami rapat , memandangkan En. Zainol adalah bekas bos saya...mcm2 cerita akan kami kongsi setiap kali kami berkesempatan bertemu...paling saya ingat semasa dlm perjalanan kami ke Perth...sepanjang dlm penerbagan kak han dgn saya bersembang mcm2 cerita...di Perth juga kami sgt rapat, termasuk dgn anak2nya sekali...seolah2 kami satu keluarga...segar ingatan tu diminda saya saat ini...

sakit juga hati saya bila dk tak izinkan saya pegi melawat...saya tau aper yg ada dlm fikiran dk...hmmmm...







Tuesday, December 08, 2009

hmmm....

impian saya nak ke utara termusnah akhirnya...tp saya tercampak ke tmpt yg saya tak pernah jejaki sblom ini...menarik juga pengalaman kat sana memandangkan tmpt tu pun pertamakalinya saya lawat...

asalnya perjalanan saya hanya ke Miri sbb ada meeting dgn Petronas...mmg bnyk pengalaman baru saya dpt sejak saya menjadi anggota syarikat baru ni...sebaik dgr nama saya diajukan supaya hadiri meeting dgn Petronas di Lutong Sarawak buat mata saya terbuntang, bkn sbb tmpt tu blom pernah saya pegi tp disbbkan meeting yg perlu dihadiri tidak saya tahu ujung pangkal ceritanya...namun pengalaman disana dan meeting yg jd mcm hanya perbincangan kaum wanita tu habis dlm tak spai 1/2jam...selebihnya waktu hampir dua jam tu kami sembang mcm2 perkara...meriah suasana...

memandangkan semer tiket ke kl habis kami ke kuching...ingatkan kat kuching ada tiket ke kl...sama juga..sudahnya kami tersadar di kuching...secara tak langsung kami dpt bercuti ke kuching...dpt mengenali org kuching...semuanya jd secara tidak langsung...walaupun di kuching sebenarnya masih juga didalam kerja tp yg utama kami dpt melihat tmpt org...saya dgn DH menggunakan kesempatan itu utk merehatkan diri kami dan minda kami...tak sengaja terjadinya percutian diantara kami DH, DK dan saya....meriah dpt layanan mesra org sana, tambahan pulak org sana mmg mengenali DK...

terasa juga sedih bila impian ke utara termusnah...tak dpt jumpa kwn2 semcm yg saya impikan...tuntutan kerja memerlukan saya berkorban bnyk perkara dlm hidup saya...tp susah nak dikata, kerna hati saya tak merasa terdera...walaupun smlm teruk juga saya kena dgn DK disbbkan staff2 yg dibawah selian saya di pantai timur melakukan kesilapan...sebenarnya saya tahu apa maksud disebalik kemarahan DK smlm...mmg saya dah jangka dan mmg saya sengaja buat DK marah...


Tuesday, December 01, 2009

impian ke utara....

since smlm saya rasa mcm ada satu keceriaan dlm perasaan saya...tak tau mcmana nak digambarkan dan tak tau apa punca segalanya...yg nyata saya tak rasa tertekan dgn segala bebanan kerja dan terasa lapang dalam dada...ntahlah apa yg membuat saya rasa mcmtu...

perasaan teruja nak ke utara makin terasa tp takut utk saya zahirkan sbb bimbang nnt kecewa...teruja nak jumpa adik2 dan kwn2 yg dah sememangnya lama tak saya temu...walaupun perkenalan antara kami terjadi melalui alam maya, yg nyata bila semuanya sudah bertentang mata kami mampu menjadi satu kumpulan kenalan yg sgt mesra dan rapat....perjalanan ke utara kali ni disbbkan salah seorang dr adik2 saya mendirikan rumahtangga...tp kesempatan tu kami nak gunakan utk bertemu dgn kenalan2 di sebelah sana...dah tergambar betapa meriahnya kami berkongsi segala cerita yg mmg dah lama tak dikongsikan bersama....

harini juga genaplah usia satu2nya jantung hati saya 12thn....sudah jd anak teruna...smlm saya dh ckp papa dia sudah punya sorang anak teruna...makanya papa kena semakin berhati2 dlm apa juga yg dia buat sbb bimbang itu bakal menjadi contoh dan ikutan pada taufek...moga anak teruna saya itu membesar jd manusia berguna...

saya tahu kenapa saya tak dpt nak menzahirkan perasaan teruja saya nak ke utara, sbbnya nnt ada orang yg fikir saya ke sana kerana ada sesuatu yg menanti saya disana...sebenarnya saya mengambil peluang ke utara utk berehat setelah sekian lama dan bermcm2 yg terjadi dlm hidup saya...kesempatan ini adalah yg terbaik utk saya merehatkan minda saya....perjalanan jauh sudah dpt saya biasakan dgn diri memandangkan mmg lately saya kerap outstation....

moga impian saya utk bersama kwn2 diutara tidak akan terganggu dek satu2nya bos saya ni....smlm dia dah kata nak tahu sedetialnya urusan sebenar saya ke utara...hmmm...disamping jgnlah dia buat perancang utk ke KK dlm minggu ni juga...tp semuanya berkemungkinan sbb dia mmg kurang senang bila saya memohon kebenaran utk ke utara....moga semuanya itu hanya mainan perasaan saya...AMinnnnn....





Monday, November 30, 2009

Hepiiiiiiii.....

raya korban tahun ni saya tak tgk org sembelih lembu, sbbnya pusat menyembelih jauh dr rumah...bkn tak der kereta nak pegi tp saya mmg kurang suka kalo jauh dr rumah memandangkan nnt mcm2 org yg akan saya jumpa dan mcm2 soklan yg nnt saya nak kena jawab...jd lg baik takyah pegi duduk umah layan budak2...

raya korban mcm tahun2 lepas juga...kurang kemeriahannya berbanding raya puasa...cuma 3-4 tahun kebelakangan ni mmg tetiap tahun mak akan join korban kat kampung...InsyaAllah ada rezeki tahun depan saya nak ikut serta....

mlm raya dpt panggilan dari papa...tak sangka la pulak papa nak call walaupun masa tu papa kat Jakarta...maknanya rajuk papa dah ilang...mcm biasa cerita kami berkitaran pasal anak2 dan satu2nya jantung hati saya...nada suara papa tak ada ketegangan maknanya dia mmg dah ok...result Taufek tak mcm kakngah...Taufek hanya dpt 2A 1B and 2C...saya terima seadanya result taufek sbb saya tau keadaan dia...seandainya dia mendapat perhatian semcm anak2 org lain pasti dia akan cemerlang sbb taufek bukan anak yg lemah, cuma keadaan menjadikan dia mcmtu...ditambah dgn segala luahan dia lepas raya puasa aritu saya tak menyalahkan dia bila result dia mcmtu...dia anak saya, makanya saya kenal perwatakannya, hanya dgn saya yg dia mampu utk kongsi segalanya....

esok besday taufek yg ke 12thn...saya dah ckp papa mlm td taufek nak hadiah laptop...arap2 papa blk dr Jakarta nnt papa belikan taufek...besday taufek tahun ni kami tak dpt sambut sama2...papa pun masih di jakarta lg masa tu, papa hanya akan blk lepas 3hb...kesibukan saya ikut sama tidak memungkinkan utk saya ada bersama2 taufek utk harijadi dia kali ini...dah besar satu2nya anak teruna saya...dah ada IC sendiri lepas ni...hmmmm...bila taufek nak dpt adik kan...?semuanya terlalu jauh dr jangkauan...adakalanya ma dah malas pk soal itu...biarlah waktu yg menentukan....

hepi lepas terima panggilan papa dan rasa tak sabar nak tunggu papa blk...tp blom pasti saya dpt jumpa papa nnt, sbb jadual kerja saya sudah terlalu padat...segalanya sudah diaturkan cuma menjadi atau tidak jer...saya tunggu dan lihat, sbb saya sudah ada perancangan saya utk hari depan...penantian mmglah satu penyiksaan tp kesabaran dalam menanti, InsyaAllah akan memberikan satu kenikmatan....






Thursday, November 26, 2009

DH & DK

lately aku semakin rapat dgn DH...terutamanya sejak kami berdua ditugaskan keluar daerah minggu lepas...kami berdua mcm baru lepas dari kurungan...kami habiskan malam kami didaerah itu dgn ke mana saja tanpa arah hanya mengikut rentak hati....yg nyata kami tidak melakukan sesuatu yg salah sbb kami menyedari status diri masing2..terutamanya DH...sebagai seorang isteri tatasusila itu ttp dijaga....

mmg jelas kelihatan DH sgt bebas...sehari sblom itu saya lihat DH menangis..mungkin dek kerana tak tertanggung lagi tekanan yg dihadapi...saya dpt memahami apa yg DH lalui walaupun sebahagiannya sajer yg DH luahkan...secara tidak langsungnya sebagai pembantu peribadi DH saya juga jd teman DH meluahkan apa yg membeku dihati...sepanjang didaerah itu berkali2 juga airmata DH bergenanggan...

banyak perkara yg peribadi DH kongsikan bersama saya....ntah mcmana dgn sendirinya dlm hati saya berjanji akan cuba membantu DH semampu saya...demi DH juga saya cuba utk meneruskan perkhidmatan saya di sini...saya kuat utk terus disini kerna DH...

asalnya saya tak tahu apa rancangan DK membawa saya ke sini...tp sejak di sini bebagai perkara terjadi dan sedikit demi sedikit segalanya semakin jelas dimata...apa yg DK ckpkan pada saya sejak hari pertama kami bertemu sudah semakin saya kuburkan...tambahan sejak saya disini saya semakin jelas yg perhatian DK pada saya semakin kurang...jadi lebih baik saya hanya menumpukan sepenuh perhatian saya pada kerja...

minggu ni dpt bnyk berita gembira...kakngah dpt 4A 1B dlm UPSR, kesabaran saya dpt saya rasa kenikmatannya...cuma saya masih tidak dpt berckp dgn satu2nya buah hati saya...mungkin sbb papa marah saya taknak jumpa dai 3 minggu lepas...akibatnya saya tak dpt berckp dgn taufek dan papa taknak layan panggilan saya...biarlah...saya bagi ruang pada papa...saya juga punya hati dan perasaan..biarlah waktu menentukan segalanya...saya sedar risiko yg saya akan hadapi bila cuba menjauhkan diri dr papa...tp saya juga punya pendirian diri....



Friday, November 20, 2009

kena main....

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul segala bebanan...mereka tidak berada ditempat aku dan tidak melalui dan mengalami segalanya sebagaimana aku....segala pandangan dan pendapat mereka sgt-sgt aku hargai...semuanya aku terima dan aku simpan sebagai sebahagian dr panduan aku dalam membuat keputusan...

tp aku juga sgt mengharapkan sokongan...berikan aku masa utk kesemuanya...segalanya memerlukan waktu...berikan aku waktu itu...aku juga ada kehendak dan keinginanku sendiri...aku tidak memperkecilkan segala pandangan dan pendapat mereka...terima kasih kerana mereka sentiasa ada utk memberikan aku segala peringatan....tp aku cuma perlukan ruang utk diriku...berikan aku masa dan membuat sendiri keputusan...aku kelelahan selama ini membuat segala keputusan berdasarkan kehendak org lain...aku juga punya hati dan perasaan...ini tidak bermakna aku mengenepikan segala pandangan dan pendapat juga nasihat...segalanya ku ambil sebagai pedoman dan panduan....

aku agak marah kebelakangan ini bila seseorang yg agak rapat dgn aku sering berkata 'aku kena main'...pada aku itu satu doa...apasalahnya mereka mendoakan agar aku dpt merubah segalanya menjadi satu kebahagian...?aku juga manusia dewasa yg punya akal dan fikiran...aku juga punyai penilaian ku yg tersendiri terhadap mereka yang aku gauli dan kenali...bkn aku memperkecilkan pendapat mereka...kebanykan dr mereka hanya memberikan pendapat dan pandagan hanya berdasarkan cerita2 mereka yg tidak dikenali secara peribadi....sedangkan aku mengenali individu itu secara peribadi....tolonglah berikan aku masa itu....aku tidak seharusnya menceritakan segalanya pada kalian...

aku minta sgt jgnlah mendoakan aku dipermainkan...hanya itu satu yg ku minta...apasalahnya doakanlah kebahagian buat aku....






Wednesday, November 11, 2009

keliru

betapa jiwa ini dalam kekeliruan...moga tuhan berikan aku jalannya...berikan aku kesabaran untuk melalu detik ini utk seketika lagi...semoga aku masih sempat bersabar melaluinya...sekali lagi aku diuji dgn sesuatu yang terasanya tidak mampu ku tanggung seandainya aku masih terus memikirkannya...

bukan hendak menyalahkan takdir diri tp aku semakin lelah bila terusan juga diri ini diuji...semoga aku punya sedikit lagi baki kekuatan untuk meneruskan detik ini sehingga pada waktu yg telah aku tetapkan dalm hati ini....

mengapa ini sekali lagi harus terjadi pada diri aku...sesungguhnya seikhlas dan sejujurnya aku hanya mahu mencari rezeki untuk meneruskan sisa-sisa kehidupanku....mengapa ini yg perlu aku lalui...Ya Allah...semoga kau sentiasa bersamaku memberikan aku kekuatan utk melaluinya...

doaku hanya satu..Ya Allah berikan aku jalannya...agar diri ini tidak lagi terus dibelenggu begini...berikan aku petunjuk Mu Ya Allah....kekeliruan ini membuat minda ku kelelahan dan tubuh ini seolah tak lagi mampu menahannya....tp demi sebuah kehidupan aku harus meneruskannya...

kesilapankah bila aku memilih pekerjaan ini atau sebenarnya ada suatu yg tersembunyi...?ataukah keghairahan ku mencari kerja sehingga memudahkan manusia mempermainkan aku...?dimana harus ku cari segala jawapannya...?

semoga aku masih mampu bersabar utk sebulan ini...semoga segala kekusutan dan kekeliruan ini akan berakhir hendaknya...aku sgt mengharapkan sinar 2010 membawa harapan yg cerah dan segala mendung ini akan berlalu terkubur bersama waktu....

semoga Tuhan sentiasa bersamaku...Aminnnnn




Saturday, November 07, 2009

Bimbang....

Bimbang melanda hati

bila kasih berputik dijiwa

bila cinta meluahkan rasa

bila apa yang didada terzahirkan dek bicara


curiga rasa memenuhi jiwa

benarkan ini cinta?

Atau ku sedang diduga

Terbuai dek rasa bahagia

yang sekian lamanya ku damba?


Telah ku luah rasa curiga

Rasa susah ingin percaya

Luahan rasa dan kata cintanya

Kerna meyedari diri ini siapa




30/10/2009@kuantan