Wednesday, January 20, 2016

Kawan

Benarlah kat kata berkata, kawan ketawa ramai sekali, kawan waktu menangis sukar dicari...

Saat ini ternyata ku alami keadaan ini, inilah saat yang mendugaku setelah 10thn yg lalu... Allah menguji aku sekali lagi...Alhamdulillah...

Aku punya kawan, saat kedukaannya aku meneman, memang aku tak membantu dr segi kewangan kerana kemampuannya lebih dari aku... namun aku juga merasakan, mungkin selama ini apa yg diceritakan cumalah dusta semata, kisah rekaan utk meraih simpati dan mempergunakan aku secara tidak langsungnya... kerana itulah saat aku benar2 memerlukan, tidak ada kesudiannya membantu...

Aku tidak kesal atas apa yg telah aku lakukan utkmu... aku redha dgn ketentuan, setiap yg Allah suratkan utk ku pasti ada rahmatNYA yg tersirat...

Teman jangan kau menghindar hanya kerana itu... maafkan aku kerana terlalu gopoh meminta bantuan...aku tertekan dan kehilangan punca sehingga menjadi singkat berfikir...

Maafkan aku mencarik nilai persahabatan dengan meminta bantuan yang selama ini aku mampu mengelakkan..namun dengan kamu aku ketewasan... maafkan aku!

No comments: