Monday, August 28, 2006

meroyan

bukan aku nak meroyan kat sini...cuma nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan meroyan...kesian aku tengok seorang wanita tu...dulu-dulu masa aku belum tahu kenapa dia macam tu aku selalu takut bila nampak dia...bila aku dengar serba sedikit punca dia jadi macam tu timbul simpati dalam hati aku...kabarnya dia dulu seorang pegawai bank....dia diserang angin meroyan semasa melahirkan anak ntah aku tak tau yang keberapa tetapi yang pasti bukan anak pertama...dalam tempoh berpantang dia mendapat tekanan perasaan dari cerita yang aku dengar tekanan disebabkan oleh suaminya yang berkahwin seorang lagi semasa dia di dalam pantang...disebabkan terlalu tertekan dengan kabar tersebut dia jadi seperti hari ini...

sekarang aku tidak takut lagi bila nampak dia malahan aku akan memerhati pergerakannya sehingga hilang dari pandangan.....tadi petang aku nampak dia...hari ini dia tak bergaya seperti biasa...hari ini pakainya agak serabai...rambutnya pun tidak disisir dgn rapi...biasanya dia akan memakai cekak atau reben rambut dan dgn pakaian yang kemas....kalau dilihat dari mata kasar memang tidak nampak kekurangan pada dirinya...aku tahu dia meroyan sebab dia suka buat bising dia akan marah-marah sambil berjalan dengan suara yang kuat...biasanya dia akan buat bising dan marah-marah selepas melawat balai polis yang berhampiran...mungkin polis-polis di balai tersebut menyuruh dia keluar itu yang buat dia sangat marah...memang jadi kegemaran dia untuk membuat lawatan ke balai tersebut....

satu aku hormat akak yang meroyan tu sebab dia memang tak akan pernah usik orang-orang yang lalu lalang....dia hanya akan buat bising dan marah-marah dalam dunia dia....apa yang aku dengar dia masih menguruskan rumahtangganya dengan sempurna...dia masih menjaga anak-anak yang ader bersama dia...dari jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah dia aku dapat tahu rumah dia bersih tidak seperti orang yang tidak sihat...cuma bila tiba meroyan dia akan merayau dan buat bising....

kadang kala aku kesian pada dia...sebab tu aku suka memerhatikan dia bila dia lalu lalang di depan pejabat atau aku terserempak dia dijalan semasa dia tengah marah-marah...aku selalu cakap dia buat syarahan...sebab kadang-kadang apa yang aku dengan dia seperti mengikuti perkembangan semasa...ada sekali tu aku dengar dia bising-bising pasal belanjawan negara...hehehe...iya la dulu semasa sihat dia seorang pegawai bank....kalau masa dia sihat pasti dia akan menjalani kehidupan seperti insan-insan yang sihat juga....bila tiba angin meroyan dia tu yang dia akan buat syarahan berdasar apa yang terlintas difikirannya.....

Wednesday, August 16, 2006

terkilan

sungguh tak ku sangka kau sahabat yg mengenali aku selama kita bekerja sepejabat sanggup menyebarkan cerita dusta yg kesahihannya tidak kau ketahui...terkilan sungguh rasa hatiku kerana kau sahabat yg ku anggap rapat sanggup berbuat begitu...persahabatan kita yg selama ini yg ku anggap ikhlas dan jujur kerana aku juga melihat setiap perkembangan dalam hidupmu anak-anak kau membesar depan mataku begitu juga suamimu yg malas aku nak cerita apa yg diperkatakannya mengenai dirimu kerana aku bukan seperti kamu bahagia melihat keruntuhan hubungan sahabat lain....

apakah yg akan kau rasa sekiranya kau tahu satu hari nanti bahawa suamimu pernah mengatakan....rumahtangga kalian dipertahankan hanya kerana anak-anak....kalau setakat hanya memikirkanmu sudah lama hubungan itu akan berkubur...tak pernah sekalipun aku menceritakan hal ini kepada dirimu kerana aku tidak mahu kamu bercakaran suami isteri...aku tidak mendengar dr sesiapa perkara ini malahan dr mulut suamimu sendiri...aku simpan sebagai rahsiaku selama ini...

tp aku sungguh tidak sangka kau menabur cerita fitnah mengenai aku kepada sahabat2 yg lain...aku bersyukur kerana kau silap tempat...kerana mereka yg kau kabarkan cerita itu lebih mengetahui segala-galanya...sedari dulu aku peringatkan berhati-hati kalau ingin mengabarkan cerita yg tidak kau ketahui kesahihnya...tp mmg ternyata kau terlalu degil dan bangga membuat kerja itu....sehingga kini aku sendiri sanggup kau fitnah serata pejabat....terima kasih kerana memberi aku kesedaran siapa kamu sebenarnya....

semoga kau dapat mendidik anak-anak gadismu supaya menjadi manusia yg tidak seperti ibunya...manis mulut dihadapan tp menikam teman dr belakang...dan perlu kau ingat langit tidak selalunya cerah...suatu hari pasti akan ader insan lain yg akan membalas perbuatanmu...aku tidak berdendam atas perbuatanmu...apa yg perlu aku perkatakan telah aku s'paikan kepada kau tempoh hari...jd berubahlah demi untuk kebaikan dirimu sendiri...dan sekarang mmg ternyata patutlah bertahun berkerja kau masih dia takuk lama....inilah sikap sebenar kamu yg memakan diri sendiri....

Monday, August 07, 2006

rumah oren....

dah lebih setahun usia rumah oren....aku tak pernah jemu mengunjunginya....banyk kenangan manis tercipta di dalam rumah oren....kadang kala bila terkenang semua yang ader dalam rumah oren buat aku tersenyum sendiri....kenangan rumah oren akan kekal diingatan untuk selamanya....bukan aku yg membina rumah oren dan asalnya dibina juga bukan untuk aku...tp aku dah jadikan rumah oren seperti rumah ku sendiri...kadang-kadang aku pulak yang macam tuan rumah kat rumah oren...semoga rumah oren akan sentiasa ader pengunjungnya dan meriah seperti hari-hari kelmarin...