sungguh tak ku sangka kau sahabat yg mengenali aku selama kita bekerja sepejabat sanggup menyebarkan cerita dusta yg kesahihannya tidak kau ketahui...terkilan sungguh rasa hatiku kerana kau sahabat yg ku anggap rapat sanggup berbuat begitu...persahabatan kita yg selama ini yg ku anggap ikhlas dan jujur kerana aku juga melihat setiap perkembangan dalam hidupmu anak-anak kau membesar depan mataku begitu juga suamimu yg malas aku nak cerita apa yg diperkatakannya mengenai dirimu kerana aku bukan seperti kamu bahagia melihat keruntuhan hubungan sahabat lain....
apakah yg akan kau rasa sekiranya kau tahu satu hari nanti bahawa suamimu pernah mengatakan....rumahtangga kalian dipertahankan hanya kerana anak-anak....kalau setakat hanya memikirkanmu sudah lama hubungan itu akan berkubur...tak pernah sekalipun aku menceritakan hal ini kepada dirimu kerana aku tidak mahu kamu bercakaran suami isteri...aku tidak mendengar dr sesiapa perkara ini malahan dr mulut suamimu sendiri...aku simpan sebagai rahsiaku selama ini...
tp aku sungguh tidak sangka kau menabur cerita fitnah mengenai aku kepada sahabat2 yg lain...aku bersyukur kerana kau silap tempat...kerana mereka yg kau kabarkan cerita itu lebih mengetahui segala-galanya...sedari dulu aku peringatkan berhati-hati kalau ingin mengabarkan cerita yg tidak kau ketahui kesahihnya...tp mmg ternyata kau terlalu degil dan bangga membuat kerja itu....sehingga kini aku sendiri sanggup kau fitnah serata pejabat....terima kasih kerana memberi aku kesedaran siapa kamu sebenarnya....
semoga kau dapat mendidik anak-anak gadismu supaya menjadi manusia yg tidak seperti ibunya...manis mulut dihadapan tp menikam teman dr belakang...dan perlu kau ingat langit tidak selalunya cerah...suatu hari pasti akan ader insan lain yg akan membalas perbuatanmu...aku tidak berdendam atas perbuatanmu...apa yg perlu aku perkatakan telah aku s'paikan kepada kau tempoh hari...jd berubahlah demi untuk kebaikan dirimu sendiri...dan sekarang mmg ternyata patutlah bertahun berkerja kau masih dia takuk lama....inilah sikap sebenar kamu yg memakan diri sendiri....
No comments:
Post a Comment