bukan aku nak meroyan kat sini...cuma nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan meroyan...kesian aku tengok seorang wanita tu...dulu-dulu masa aku belum tahu kenapa dia macam tu aku selalu takut bila nampak dia...bila aku dengar serba sedikit punca dia jadi macam tu timbul simpati dalam hati aku...kabarnya dia dulu seorang pegawai bank....dia diserang angin meroyan semasa melahirkan anak ntah aku tak tau yang keberapa tetapi yang pasti bukan anak pertama...dalam tempoh berpantang dia mendapat tekanan perasaan dari cerita yang aku dengar tekanan disebabkan oleh suaminya yang berkahwin seorang lagi semasa dia di dalam pantang...disebabkan terlalu tertekan dengan kabar tersebut dia jadi seperti hari ini...
sekarang aku tidak takut lagi bila nampak dia malahan aku akan memerhati pergerakannya sehingga hilang dari pandangan.....tadi petang aku nampak dia...hari ini dia tak bergaya seperti biasa...hari ini pakainya agak serabai...rambutnya pun tidak disisir dgn rapi...biasanya dia akan memakai cekak atau reben rambut dan dgn pakaian yang kemas....kalau dilihat dari mata kasar memang tidak nampak kekurangan pada dirinya...aku tahu dia meroyan sebab dia suka buat bising dia akan marah-marah sambil berjalan dengan suara yang kuat...biasanya dia akan buat bising dan marah-marah selepas melawat balai polis yang berhampiran...mungkin polis-polis di balai tersebut menyuruh dia keluar itu yang buat dia sangat marah...memang jadi kegemaran dia untuk membuat lawatan ke balai tersebut....
satu aku hormat akak yang meroyan tu sebab dia memang tak akan pernah usik orang-orang yang lalu lalang....dia hanya akan buat bising dan marah-marah dalam dunia dia....apa yang aku dengar dia masih menguruskan rumahtangganya dengan sempurna...dia masih menjaga anak-anak yang ader bersama dia...dari jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah dia aku dapat tahu rumah dia bersih tidak seperti orang yang tidak sihat...cuma bila tiba meroyan dia akan merayau dan buat bising....
kadang kala aku kesian pada dia...sebab tu aku suka memerhatikan dia bila dia lalu lalang di depan pejabat atau aku terserempak dia dijalan semasa dia tengah marah-marah...aku selalu cakap dia buat syarahan...sebab kadang-kadang apa yang aku dengan dia seperti mengikuti perkembangan semasa...ada sekali tu aku dengar dia bising-bising pasal belanjawan negara...hehehe...iya la dulu semasa sihat dia seorang pegawai bank....kalau masa dia sihat pasti dia akan menjalani kehidupan seperti insan-insan yang sihat juga....bila tiba angin meroyan dia tu yang dia akan buat syarahan berdasar apa yang terlintas difikirannya.....
No comments:
Post a Comment