Wednesday, May 21, 2008

Cemburu...

Cemburu…
Membuat aku menjadi bisu
Membuat aku membeku
Membuat aku kaku
Membuat lidahku kelu

Cemburu…
Ku biarkan terpendam
Ku simpan jauh dilubuk hati
tak pernah ku pamerkan

Cemburu…
Akhirnya memaksa aku menjauh
Memaksa aku berlalu
Lantas melangkah pergi meninggalkanmu

Cemburu…
Terbit, mungkin kerana
Aku sayang kamu!





Tuesday, May 20, 2008

mimpi

mengapa dia yg hadir dlm mimpiku mlm td...?semoga mimpi itu bebenar2 hanyalah mainan tidur ku semata...mungkin bnyk pertanyaan yg berkaitan dgnnya diajukan waktu siang itu yg membuat terbawa2 didlm mimpi...anehnya mengapa arwah ayah pun ikut serta...tanpa kata ayah hanya memerhati segalanya...

kerapkali mimpi tidak tinggal mimpi, ia ada waktunya sebagai petanda...kemesraan anak2 itu yg membuat aku tertanya2...mengapa begitu mesranya mereka bermanja diribaanku smlm...mesra manja lena diribaanku...?

Sunday, May 11, 2008

jangan disalahertikan....

hari ini aku diajukan dgn persoalan kehidupan ku yg kelihatan agak mewah dimata mereka...sesungguhnya aku tidak pernah meminta2 utk dipergunakan dlm menjalani kehidupanku ini...segalanya dr hasil usahaku selama ini...telah lama aku juga sebenarnya melalui kepayahan dlm kehidupan...tp dek kerana aku mampu melindungkan semuanya maka ia tidak kelihatan di mata mereka...

aku tak mampu menepis segala apa yg terlintas difikiran mereka yg tidak mengenaliku...biarlah apa yg mahu mereka tafsirkan...yg pastinya aku tidak melakukan sesuatu yg diluar batasan aku sebagai seorang wanita melayu dan aku masih tahu membezakan halal dan haramnya sesuatu dlm kehidupan...

tak ku nafikan selama ini mmg ramai yg sering tertanya dgn gaya kehidupanku ini...sebenarnya aku tidak semewah mana...aku sekadar memiliki apa yg aku hajati dan aku berusaha mendapatkannya dgn segala usahaku...mmg ini satu sikapku...malahan saudara sedarah daging dgnku juga tidak pernah dpt menjangka kemewahan aku ini ditahap mana...mereka sentiasa mendapat apa yg mereka mintak drku...aku akan membantu semampuku...

yg aku pasti...setiap usaha yg penuh dgn keikhlasan dan mendapat keberkatan walau sedikit manapun pasti akan mencukupi utk aku menjalani kehidupan ini...



Friday, May 09, 2008

jgn disalahtafsirkan aku....

aku benar2 merasa yang lelaki itu sombong dan bongkak...itu penafsiran aku yg tidak sebenar2 mengenalinya...pertemuan dan kemesraan yg hanya seketika itu membuat aku menafsirkan dia begitu...mungkin juga salah apa yg aku rasakan ini...tp sebegitulah yg aku rasa...lelaki itu benar2 bongkak dan sombong...dia punya alasannya tersendiri utk jd begitu jd biarkanlah dia begitu...itu yg membahagia dan mengembirakan kehidupannya...siapa aku utk mempersoalkan semuanya...

aku tak pernah lupa budinya padaku...sebolehnya aku mahu terus berhubungan dgnnya bukan bermaksud menjalin sesuatu yg istimewa kerana aku sedar aku tidak layak untuknya...tp sekadar seorang teman...aku bukan seorang yg tidak mengenang budi...aku tidak dididik begitu oleh kedua org tua ku...pepatah sering mengatakan teman biarlah beribu tp musuh jgn ada sekali pun satu...

kadangkala kalau diikutkan rasa hati ini terbit juga rasa marahku pada lelaki itu...kebongkakkan dan kesombongannya begitu kelihatan padaku...tp siapa aku utk merasa begitu jd sebaiknya aku biarkan dia dgn kelakuannya itu...

aku tidak punya alasan yg kukuh utk terus merasa marah dgn sikap lelaki itu...aku juga tidak punya alasan apa pun utk meminta dia memberi perhatian padaku...cumanya aku agak terkilan kerana aku tidak tahu apa yg membuat dia begitu menjauhi aku...aku tahu mungkin kerana keterbukaan aku dgnnya membuat dia takut...mungkin dia bimbang dgn segala kemesraan yg aku berikan itu menandakan aku menyukainya atau jatuh cinta padanya...tidak semudah itu...yg pasti aku mmg menyenangi dan suka berkawan dgn dia...aku kisahkan kehidupan ku padanya kerana aku tidak berapa selesa dengan pertanyaan2 yg berkaitan teman hidup yg sering diutarakan...aku tiada alasan lain utk menghentikan kesemua persoalan itu melainkan mengisahkan segalanya...aku tak pandai utk mereka yg bukan2 kerana hakikat kehidupanku tidak seumpama dogengan yg segalanya indah belaka...aku bimbang nnt aku semakin sukar utk membetulkan keadaan seandainya aku sudah terlalu jauh memesongkan cerita dr kenyataan...aku lebih suka berterus terang dr terus mereka cerita dan nnt akan menyukarkan aku juga akhirnya...

jangan disalahhtafsirkan dgn sikap aku yg terbuka dgnmu itu...seikhlasnya aku mengisahkan kerana aku tidak mahu sebarang kesilapan bakal menyukarkan aku utk menempuh hari depan...tak semudah itu utk aku kongsi segala yg telah aku kongsikan dgnmu...andai itu yg membuat kamu merasa aku punya perasaan yg lain padamu maafkan aku...aku merasakan kamu mampu menjadi teman yg dipercaya sbb itu aku kongsi segala yg menjadi kisah hidupku, maaf andainya keterbukaan aku itu membuat kamu merasa tidak selesa dan mungkin merasakan yg aku menyimpan perasaan padamu...sbb itu kamu menjauh...

aku cukup menyedari diriku ini siapa...






Sunday, May 04, 2008

Solo & Jogyakarta

27hb hingga 1 May 2008...aku menjejakkan kaki ke kota Solo dan Jogyakarta di negara jiran...persiapan awal kepergian ku kali ini tak berapa memberansangkan sbb terlalu bnyk perkara yg harus diselesaikan sblom berangkat...semua dibuat last minit...tp syukur segala keperluan cukup...

tak bnyk beza sgt dgn msia sbbnya kat msia sendiri dah ramai bangsa dr negara jiran, jd saat spai di airport Solo yg sgt kecil dan tak secanggih KLIA saya pun dah nak jd lebih kurang gak org2 sana...masa kluar dr airport ada yg menarik beg saya....terkejut saya dibuatnya tetiba ada org angkatkkan beg...dah kwsn asing dan tak pernah kenal sesiapa kat sana camner ada yg nak angkatkan beg lak...rupa2nya org tu dah tersalah beg sbb dlm ramai2 yg berasak2, dia main capai jer dia ingat tu beg sedara dia yg blk kg, nasib saya perasan...

perjalanan ke Jogjakarta dr airport Solo makan masa hampir 2 jam...jd kami singgah dinner disalah satu restoran di Solo, inilah makanan yg dihidangkan...









makanan yg tertelan dek selera saya hanyalah puding dan teh gopek tu ajer...mungkin sbb kepenatan atau blom biasa dgn makanan org sana...perjalanan diteruskan menuju Jogyakarta dan mlm tu kami menginap di Hotel Melia Purosani...

Hari Pertama perjalanan kami dibawa melawat tmpt membuat batik dan kraftangan perak...di tmpt membuat batik tak smpt nak amik gamba sbb sibuk dok belek batik2....kat kraftangan perak sibuk pulak bergamba ajer sbbnya tak minat sgt dgn barangan perak...ini disekitar dlm kraftangan perak...






Hari Kedua kami dibawa melawat Istana Kraton...saya tak puasati sbb tak dpt nak amik gamba yg mcm tv3 tunjuk aritu....dah siap posing dah pastu dilarang...geram gak la...ni disekitar kraton...






Hari Ketiga lawatan ke Gunung Merapi, disebabkan cuaca agak mendung jd tak nmpk asap yg kluar dr Gunung Merapi...kami hanya melihat dr jauh sbb skrg ni dah tak dibenarkan menghampiri Gunung Merapi ni sbb sekitar kwsn kaki Gunung Merapi terdapat mendapan tanah...sekitar di Gunung Merapi...




Lawatan diteruskan ke salah satu dr 7 keajaiban dunia, Candi Borobudur...







mlmnya kami kluar sendiri utk shopping disekitar Jogyakarta...esok paginya agak lewat meneruskan lawatan sbb memasing dah kepenatan selepas lunch kami dibawa melawat tmpt shopping seperti batik, pasar dan kedai kuih popular di Jogyakarta kuih yg dibuat dr kacang hijau....