Friday, May 09, 2008

jgn disalahtafsirkan aku....

aku benar2 merasa yang lelaki itu sombong dan bongkak...itu penafsiran aku yg tidak sebenar2 mengenalinya...pertemuan dan kemesraan yg hanya seketika itu membuat aku menafsirkan dia begitu...mungkin juga salah apa yg aku rasakan ini...tp sebegitulah yg aku rasa...lelaki itu benar2 bongkak dan sombong...dia punya alasannya tersendiri utk jd begitu jd biarkanlah dia begitu...itu yg membahagia dan mengembirakan kehidupannya...siapa aku utk mempersoalkan semuanya...

aku tak pernah lupa budinya padaku...sebolehnya aku mahu terus berhubungan dgnnya bukan bermaksud menjalin sesuatu yg istimewa kerana aku sedar aku tidak layak untuknya...tp sekadar seorang teman...aku bukan seorang yg tidak mengenang budi...aku tidak dididik begitu oleh kedua org tua ku...pepatah sering mengatakan teman biarlah beribu tp musuh jgn ada sekali pun satu...

kadangkala kalau diikutkan rasa hati ini terbit juga rasa marahku pada lelaki itu...kebongkakkan dan kesombongannya begitu kelihatan padaku...tp siapa aku utk merasa begitu jd sebaiknya aku biarkan dia dgn kelakuannya itu...

aku tidak punya alasan yg kukuh utk terus merasa marah dgn sikap lelaki itu...aku juga tidak punya alasan apa pun utk meminta dia memberi perhatian padaku...cumanya aku agak terkilan kerana aku tidak tahu apa yg membuat dia begitu menjauhi aku...aku tahu mungkin kerana keterbukaan aku dgnnya membuat dia takut...mungkin dia bimbang dgn segala kemesraan yg aku berikan itu menandakan aku menyukainya atau jatuh cinta padanya...tidak semudah itu...yg pasti aku mmg menyenangi dan suka berkawan dgn dia...aku kisahkan kehidupan ku padanya kerana aku tidak berapa selesa dengan pertanyaan2 yg berkaitan teman hidup yg sering diutarakan...aku tiada alasan lain utk menghentikan kesemua persoalan itu melainkan mengisahkan segalanya...aku tak pandai utk mereka yg bukan2 kerana hakikat kehidupanku tidak seumpama dogengan yg segalanya indah belaka...aku bimbang nnt aku semakin sukar utk membetulkan keadaan seandainya aku sudah terlalu jauh memesongkan cerita dr kenyataan...aku lebih suka berterus terang dr terus mereka cerita dan nnt akan menyukarkan aku juga akhirnya...

jangan disalahhtafsirkan dgn sikap aku yg terbuka dgnmu itu...seikhlasnya aku mengisahkan kerana aku tidak mahu sebarang kesilapan bakal menyukarkan aku utk menempuh hari depan...tak semudah itu utk aku kongsi segala yg telah aku kongsikan dgnmu...andai itu yg membuat kamu merasa aku punya perasaan yg lain padamu maafkan aku...aku merasakan kamu mampu menjadi teman yg dipercaya sbb itu aku kongsi segala yg menjadi kisah hidupku, maaf andainya keterbukaan aku itu membuat kamu merasa tidak selesa dan mungkin merasakan yg aku menyimpan perasaan padamu...sbb itu kamu menjauh...

aku cukup menyedari diriku ini siapa...






No comments: