5 Syawal, kurang meriah raya tahun ni sbb adik sekeluarga beraya dirumah mentua sehingga malam 2 Syawal....Robin and Sofie yg beraya kat kg pun jd kesunyian sbb semua org dewasa takder budak2 yg nak memeriahkan suasana....Robin dgn Sofie datang dr German utk beraya disamping bercuti di Malaysia sehingga awal September.....
sgt2 memenatkan..dr petang menjelang raya sehingga raya ke 4, memasak tanpa henti2 utk tetamu2 dan sedara mara...hari ni baru rehat dr memasak dan kehidupan kembali kepada rutin sblom Syawal....
sedih juga sbb sehingga Syawal ini dah 8 thn aku sendirian...semakin menjelang raya semakin menyepi seorang makhluk tu...apakan daya...ku harus sedar siapa diri ini utk menangih yg lebih lagi...walau ada waktunya aku mcm org yg tak paham erti bahasa disebalik kesepian dan kebisuannya, sbb terusan bertanya kabar dan bercerita kisah2 hari raya...namun dia tetap menyepi seribu bahasa...aku redha atas segalanya...Tuhan menakdirkan sesuatu pasti ada sbb musababnya dan pasti tersembunyi hikmat didalamnya.....
ada kata2 mengatakan...sekiranya sesorang itu pergi dan dia kembali bermakna dia mmg utk kita...namun kata2 itu tak menjadi nyata dlm kehidupanku..kerna dia pergi dan dia datang dan dia pergi lagi, aku harus menerima kenyataan yg kebarangkalian utk dia kembali lagi adalah semakin memudar....yg tinggal kini adalah satu ingatan yg aku harus meneruskan kehidupan, Life Must Go On...waktu tak menanti...ditambah pada suatu yg aku sendiri tidak pasti...Andai Itu TakdirNYA....
bergambar family pun tak sempat utk tahun ni...sbb adik sekeluarga tak beraya hari pertama di sini...makanya hanya ada gambar ini...
semoga Syawal 2012 yg bakal berlalu membawa segala kenang pahit manis bersamanya dan menghadiahkan keindahan dan kemanisan pada Syawal yg bakal mendatang ditahun hadapan....Aminnnnnn...
No comments:
Post a Comment