Saturday, October 26, 2013

*~* Kerana Kamu Cuma Satu *~*




kerana kamu cuma satu...ya! kamu satu-satunya lelaki yang lebih muda aku terpaut hati...sehingga ku rasakan hidup menjadi huru hara...sebulan lamanya kekacauan jiwa itu benar-benar amat mengganggu urusan seharianku...terlalu banyak aku menangisinya...mengapa itu yang melanda diriku..?

akhirnya aku yakin..semua ini dugaan dr Allah buat aku utk kesekiankalinya...ujian dalam aku mencari kasih dan sayang...perasaan yang hampir setahun ku pendamkan...akhirnya terluah hanya cuma kerana dia menyatakan dia bermimpikan aku..?hmmmm...sesungguhnya aku akui sahaja aku yang sebenarnya terlalui ingin mengasihi sehingga terluahkan segalanya.....


kini aku bersyukur...aku semakin hampir memiliki diriku yang dulu...akhirnya dapat juga ku tamatkan kekacauan jiwa ini....

kini aku akan terus mendoakan dia...kerana sesungguhnya memang aku kasihkan dia...demi kasih ini, aku mahu lihat dia bahagia...setelah mendengar kisah silamnya yang menderanya sehingga kini, aku berjanji untuk menemaninya sehingga dia mencapai bahagianya...walau aku bukan sebahagian dr senyum tawanya kelak...aku pasti akan meneruskan langkahku...pasti ada bahagia ku juga nanti....mungkin di sana saja.....

kasih ini tak pernah aku kesalkan..kerana sesungguhnya aku benar-benar cinta....






Friday, October 18, 2013

Bapak (Ayah)


Aku panggil bapaku dengan gelaran ayah....

Tanpa ayah siapalah aku didunia ini. Dan aku amat bersyukur aku dilahirkan dari benih Abdul Molok, dengan didikannya aku menjadi aku seperti hari ini.

Ayah jasamu takkan mampu ku balaskan, sejak aku dilahirkan kau memberi aku kasih sayang yang tanpa hentinya sehingga engkau menghembuskan nafas terakhirmu.

Pengorbananmu ayah mencari rezeki untuk mendewasakan kami anak-anakmu. Kau hanya menahan derita kehilangan penglihatanmu, akibat matamu dicederakan duri kelapa sawit, semasa berusaha membanting tulang mengusahakan ladang kelapa sawit, betapa aku saat itu masih tidak mengerti kesakitan yang kau deritai. Mata ayah buta sebelah sehingga nyawanya berakhir. Namun itu tidak melunturkan semangat dan usahamu mencari rezeki untuk kami anak-anakmu. 

Ayah, dengan didikan dan kasih sayangmu, aku menjadi dewasa dengan penuh sempurna, kami anak-anakmu utuh dengan untaiyan kasih sayang yang telah kau curahkan pada kami semasa hayatmu. Ayah kelembutanmu mendidik kami menjadikan kami anak-anak yang begitu rendah hati dan mudah dilentur, kami tidak bersengketa sesama kami walau kau sudah tiada lagi. 

Ayah, segala kesulitan dan kepayahan hidupmu menjadikan aku insan yang mengenal erti kesusahan. Keperitan hidupmu menjadi tauladan  padaku agar aku menjadi insan yang menghargai insan lain. Kesederhanaanmu dalam mendewasakan aku mendidik aku menjadi insan yang gigih berusaha mencari rezeki dan tidak mengejar kemewahan secara mudah. 

Ayah, sekalipun aku anak yang paling kau manjakan, ia tidak membuatkan ku lupa diriku dan mengkhianati mereka sedarah sedaging dgnku. Ayah, aku tidak pernah merasa rotanmu dan engkau tidak pernah meninggikan suaramu padaku, marahmu secara mendiamkan diri amat menyiksakan diriku. Ayah, ketahuilah olehmu, kini sifat itu kekal dalam diriku, kemarahan membuat aku semakin mendiamkan diri. Namun kemarahan itu tidak kekal dihati, kerana kemaafan adalah dendam yang terindah. Sifat yang kau terapkan kejiwaku ini amat berjasa utk aku dalam meneruskan hidupku tanpamu ayah.

Ayah..kehilanganmu amat mendukakan hatiku..walaupun sehingga hari ini sudah 19 tahun kau kembali kepada sang pencipta, namun aku tidak pernah merasakan engkau jauh, segala kenangan bersamamu tak pernah akan aku terlupakan dan setiap saat menyebut namunmu pasti airmataku akan menitis. Jelas tergambar dimataku saat engkau menghembuskan nafas terakhirmu saat tanganku didalam genggamanmu.

Ayah...ku panjatkan doa buat mengiringimu dipersemadianmu selagi ada hayat dikandung badan. Ayah kau tiada gantinya dan tak mungkin ku temui lelaki yang mengasihiku sebagaimana engkau mengasihiku Ayah.

Ayah..aku anak manjamu yang semakin menua dan mengenal erti ranjau kehidupan...Terima kasih Ayah, Al-Fatihah.


Sunday, October 13, 2013

Lafaz Kasmaran

http://youtu.be/jwxdMFHpi4c

Lafaz Kasmaran

lafaz apakah ini.. untuk memulakan cinta.. setelah diterjadi, gelora dibirai hati... tak mampuku serlahkan.. segala yg tersirat... hanya rindu terasa, mungkinkah aku.. gapai kasih..dimasa nanti..
walau ranjau berduri, aku pasti menempuh jua keranamu.. tiada yg lain yang bisa membuka hatiku.. malam berlabuh sepi..andai engkau menjelma disisi bersamaku mengarapkan rindu yang ada dimindaku....
mungkinkah kau mengerti, gelisah hatiku yang dilanda kasmaranmu, dipertemuan segenting ini andainya kau tahu..siksanya merindu... pasti engkau jua...sepertiku.....
lafaz apakah nanti untuk memulakan cinta hanya rindu terasa mungkinkah aku gapai kasi dimasa nanti.....

"keranamu....tiada yang lain yang bisa membuka hatiku.."
bait lirik itu benar2 meluruhkan rasa hati...sesungguhnya aku sendiri semakin tidak memahami, mengapa lorong ini jua yang aku tempuhi...Allah maha mengetahui segalanya dan setiap yang diaturkanNYA itu pasti ada rahsia disebaliknya... Ya Allah..aku redha dengan setiap dugaan yang engkau berikan...berikanlah aku pahala atas redha ini dan Kau bantulah aku untuk terus tabah menjalaninya..kerana setiap yang sudah Engkau suratkan itu pasti ada rahsia yang tersirat...Andai Ini Takdirnya.....