Friday, June 23, 2006

jiran

2-3 hari yg lepas telefon dirumah berdering setelah sekian lama dia terdiam...ingatkan telefon tu dah rosak...sebab minggu lepas aku hempaskan gara-gara terlalu geram mendapat panggilan yang menyakitkan hati...rupanya masih bernyawa telefon tersebut....panggilan dari jiran selang 2 buah rumah dari rumah aku...rupa-rupanya isteri ketua blok saja nak tanya kabar...tp aku sedikit hairan kerana memang teramat jarang dia menelefon kecuali waktu hari raya masa nak buat rumah terbuka...

lama juga kami berbual semalam aku terasa seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh kakak tu tp tak sure aper...cuma dia mengingatkan aku supaya sentiasa berhati-hati dengan jiran sebelah rumah aku tu dan minta aku jangan terlalu bercampur dgn mereka kalo setakat borak-borak kosong...mmg pelik sikit aper yg dia ckp tu...sbb sememangnya aku amat kurang berbual dan bercampur dgn jiran tetangga...aku lebih senang dgn dunia ku sendiri....

masuk hari ini dah 3 kali isteri ketua blok aku ni menelefon aku...dan 3 hari juga dia dah menghantar makanan dekat aku...memula apam lepas tu aku tak tahu aper nama masakan tu selalu orang jawa yg suka masak mcm tu kalo tak silap dipanggil bubur abang adik arini anta kek coklat pulak....aku masih tak membalas aper2 sbb semua pinggan isi makanan tu yg pakai buang....keperihatinan akak tu sebenarnya memelikkan aku sbb sejak sekian lama aku tinggal kat sini tak penah lagi dia mcm tu....tp tak aper la orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa....

aktiviti smlm mcm biasa-biasa ajer....cuma lain sikit sbb aku tak menjenguk tempat yang selalu aku lawati dan bertanya kabar kawan-kawan....aku sayang tempat tu tp kalo sorang-sorang kat dalam tu aku terasa mcm kesayuan jd arini aku tak pergi ke sana....


Sunday, June 18, 2006

Getaran Rindu....



PEREMPUAN, lirikan matanya ibarat sembilu menusuk di kalbu. Firasat senyumnya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari-jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap lelaki. Namun bagi Izham, gemersik suara Fara bagai menyeru-yeru semangatnya yang hilang. Dia kembali ke alam realiti. Merenung hari kelmarin yang pergi. Kemudian melontarkan prasangka bahawa cinta palsu mudah dibeli dan cinta setia sukar dicari!Benarkah?

Sejak itu, hidup lelaki ini terasa indah dan membahagiakan. Siang berganti malam dan hari berganti bulan. Namun...cinta yang semakin sarat tidak pernah menoktahkan erti jemu buat Izham. Sayangnya, Fara sentiasa mempersendakan ketulusannya hanya kerana godaan Delia yang jelita dan kemanjaan Sharifah yang sengaja mencari sengketa. Sedangkan di hati Izham, hanya wajah Fara yang menghiasi malam sepinya.

Dimanakah penghujung pertemuan mereka, bila Izham dikhabarkan hilang dalam perjalanan ke Venice? Dia terpaksa menghilangkan diri dan bersembuyi agkara perbuatan Suffian kekasih Delia, yang cemburu buta! Sejak itu, mereka terpisah, tanpa suara dan tanpa kata-kata.

Dimanakah kau Izham? Fara terus menanti dengan sendu dan airmata. Mengharap agar cinta, kasih dan rindu mereka kembali bersatu seperti dulu.


"Gadisku...andai ada pertemuan kedua, katakan hanya aku yang kau cinta!"

Friday, June 16, 2006

citer semalam.....

nak gelak pulak bila aku ingat smlm pepagi aku dah warning Ros siapkan report yg aku nak sbb aku nak masukkan dalam paper untuk board meeting.....aku tunggu report dr Ros ajer lagi masa tu....aku siap ckp kat dia dia jgn balik pukul 5 ptg smlm kalo report tu dia tak siap....anak dia nnt aku yg akan ambik dr babysitter dia....hehehe....mmg aku ckp dalam gurau2 tp sebenarnya aku mmg serius aku tak nak kena kejar dgn PA GM....


so ari smlm aku mmg bz nak menyiapkan paper board meeting tu....petang dgn tak pepasal boss pendek aku tu komplen aku tak borak sgt dgn dia ari smlm tu sbb marah kat dia ke....tak ader maknanya aku nak memarah kat org lak....melainkan dia mmg ader wat menda tak betul kat aku sbb tu dia rasa mcm bersalah....so tepuk dada tanya selera....yang pasti aku mmg kurang berckp dgn dia dr hari jumaat minggu lepas lagi....sbb aku mmg terasa dgn soklan yg dia utarakan dan aku mmg dah menjawab soklan tu dgn bahasa yg lembut tp tajam....sendiri mau ingat....


balik umah petang aku mcm biasa akan melawat kat tempat aku borak-borak selalu tu....cuma petang td aku tak pegi kat tempat kesayangan aku tu...mlm smlm lepas pukul 10 ajer aku masuk sekejap tgk aper yg ader kat situ....terasa sunyi kat situ dan aku rindu suasana meriah kat situ mcm dulu-dulu.....

Tuesday, June 13, 2006

cemburu

CEMBURU

ingin kubunuh pacarmu
saat dia cium bibirmu merahmu
di depan kedua mataku
hatiku terbakar jadinya....cantik....
aku cemburu....

ingin kubunuh pacarmu
saat dia peluk tubuh indahmu
di depan teman-temanku
makan hati jadinya...oh cantik...
aku....cemburu

mungkin memang nasibku
yang selalu menunggu untuk jadi
yang pertama mungkin
kukatakan kepadanya saja
bahwa aku juga milikmu
bahwa aku juga...u....u....u
bahwa aku juga kekasih hatimu....

meskipun aku pacar rahasiamu
meskipun aku selalu yang kedua
tapi aku manusia
yang mudah sakit hatinya

syok lak dgr lagu ni dr smlm...hehehe...nak lawak pun ader gak....tp kalo dah cemburu menguasi hati dan fikiran aper2 pun boleh terjadi....manusia boleh hilang kewarasan jika perasaan cemburu tak dapat dikawal...sekalipun ader pepatah mengatakan cemburu tanda sayang tapi kalau dah terlebih memang membosankan dan menyukarkan sesuatu perhubungan....

Monday, June 12, 2006

12 June 2006

hari ini usia aku bertambah setahun lagi....syukur aku masih bernyawa di bumi tuhan pada usia sebegini....kawan2 kat ofis ramai yg sedar hari ni birthday aku...aku mmg diam ajer tak nak heboh tp tak sangka ader yg buat reminder kat telefon memperingati hari ini....paling aku terharu ialah mlm td selepas kawan yg paling rapat dan memahami aku wish birthday kabur pandangan mata disebabkan oleh airmata...bertambah-tambah terharu bila tahu dia kurang sihat tapi masih memperuntukkan waktu untuk menunggu detik 12 mlm nak wish kat aku....aku tahu setakat terima kasih mmg tak cukup untuk aku membalas segala apa yang telah dilakukan...tapi hanya itu yang mampu aku berikan buat masa ini semoga suatu hari aku dapat membalas segala kebaikan yg telah diberikan.....hampir pukul 3 pagi aku masih tak dapat melelapkan mata...airmata tak nak berhenti mengalir tak terdaya aku mengesatnya aku biarkan dia mengalir semahu-mahunya....di saat menulis disini pun airmata ku masih bergenangan cuba ku tahan dari ia berguguran....


pagi td aku bawak kek yg aku buat untuk kawan2 kat ofis sbb dah mmg biasa mcm tu....setiap kali tiba birthday aku akan bawak sendiri makanan untuk kawan2....boss aku yg dah mcm tak betul tu sms ajak makan tenghari tp aku mintak maaf tak dapat nak terima pelawaan dia....biarlah aku mengelak sebelum aper2 yg tidak patut berlaku dr terus berlaku....kerana kelainan boss aku tu kali ni membimbangkan aku....bak kata pepatah biarlah dicegah sebelum parah....

Ros buat suspen aku ajer pagi td...nyaris-nyaris dia bercuti mengejut....dr pagi aku tak sudah-sudah bertanya dia ke mana sebab aku tak nampak langsung dia...rupanya cuti 1/2 ari...sebenarnya aku bimbang tak sempat nak kasi dia rasa kek tu....maklum la ramai yang turut sama nak rasa....bukan rasa ajer makan kenyang...hehehe....lepas hajat aku sebab Ros sempat makan kek tu...aper2 nanti tak ader la aku terkilan sgt....

Sunday, June 11, 2006

ari jumaat dok belek2 resepi rasa mcm nak masak tp tak tau nak masak aper....tgh2 dok belek tu ader akak tu nak mintak photocopykan resepi kek coklat kukus...si Ros nampak lak kat bawah resepi tu tulis "KEK NI BEST SANGATTTTT...." disebabkan terbaca tulisan tu dah dia asyik ajer tanya mmg betul ke sedap....sebenarnya kami kat ground floor ni dah bnyk kali makan kek tu memula dulu aku saje2 try pastu si Fr pulak cuba buat sbb anak2 dia suka makan coklat...so dah 3-4 kali kami buat dan bawak ke ofis kek tu mmg tak dinafikan kek tu sedap ramai yg ckp camtu.....ari jumaat tu Ros dah bnyk kali sgt tanya kesian lak aku kat dia...so petang tu lepas kerja aku ajak Lieza teman gi beli bahan2 kalo rajin ahad ni aku buatkan kasi Ros rasa mana la nak tau kot2 dia tgh mengidam ke kang pepasal meleleh air liur anak dia ...hehehe...tp aku tak janji dgn Ros buat untuk dia...aku ckp dalam ati ajer sekiranya aku rajin aku buat la.....

so untuk Ros skrg ni kek tu tgh dikukus jgn cuti mengejut lak esok...tp kalo dah cuti nak wat mcm mana tak ader rezeki la tu tunggu bebila aku rajin lak aku buat...hehehe

Wednesday, June 07, 2006

penat, letih, lelah aper lagi kata yang dapat aku coretkan sebagai tanda betapa tak terdayanya aku untuk menanggung semua ini....kadang kala terpikir adakah perlu aku lari atau berdiam diri...kerana kenyataan mmg tidak seindah mimpi...

~10.19pm~

tika ini

tika dan saat ini terasa aku ingin lari meninggalkan segalanya...tiada lagi daya dan upaya rasanya untuk aku menempuh segala yang terhidang didepan mata...terasa begitu lelah dan tak bermaya....ingin aku lari ke suatu dunia yang hanya aku dan ketenangan ader di situ.....

~9.46pm 7 Jun 2006~

Saturday, June 03, 2006

~ Somethings Better Left Unsaid ~

Thursday, June 01, 2006

maaf

maafkan aku teman....andai aku punca segala...semoga engkau masih percaya apa yg telah aku katakan....malang sungguh nasibku andai ia berpunca dr aku...mengapa aku yg dijadikan mangsa...aku tidak akan pernah mengkhianatimu kerana hanya kau yg sudi berteman dgnku....aku berani bersumpah sesungguhnya aku tidak membincangkan perkara itu dgn sesiapa pun antara teman2 kita....kepercayaan aku pada meraka tidak sama dgn kepercayaan yg aku berikan padamu....semoga kepercayaanmu padaku masih bersisa....aku bukan sahabatmu yg baik kerana sering membuat kau berada dalam kesusahan...maafkan aku teman.....

~11.15pm~
tiada kata yg dapat meluahkan rasa aku sekarang ini....mengapa semua ini mesti terjadi...maafkan aku teman andai aku yg menjadi punca segalanya....sesungguhnya apa yg aku katakan itulah yg sebenar-benarnya...semoga kepercayaanmu pada diri ini masih bersisa...

~11.03pm ~