Sunday, June 18, 2006
Getaran Rindu....
PEREMPUAN, lirikan matanya ibarat sembilu menusuk di kalbu. Firasat senyumnya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari-jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap lelaki. Namun bagi Izham, gemersik suara Fara bagai menyeru-yeru semangatnya yang hilang. Dia kembali ke alam realiti. Merenung hari kelmarin yang pergi. Kemudian melontarkan prasangka bahawa cinta palsu mudah dibeli dan cinta setia sukar dicari!Benarkah?
Sejak itu, hidup lelaki ini terasa indah dan membahagiakan. Siang berganti malam dan hari berganti bulan. Namun...cinta yang semakin sarat tidak pernah menoktahkan erti jemu buat Izham. Sayangnya, Fara sentiasa mempersendakan ketulusannya hanya kerana godaan Delia yang jelita dan kemanjaan Sharifah yang sengaja mencari sengketa. Sedangkan di hati Izham, hanya wajah Fara yang menghiasi malam sepinya.
Dimanakah penghujung pertemuan mereka, bila Izham dikhabarkan hilang dalam perjalanan ke Venice? Dia terpaksa menghilangkan diri dan bersembuyi agkara perbuatan Suffian kekasih Delia, yang cemburu buta! Sejak itu, mereka terpisah, tanpa suara dan tanpa kata-kata.
Dimanakah kau Izham? Fara terus menanti dengan sendu dan airmata. Mengharap agar cinta, kasih dan rindu mereka kembali bersatu seperti dulu.
"Gadisku...andai ada pertemuan kedua, katakan hanya aku yang kau cinta!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment