Monday, June 12, 2006

12 June 2006

hari ini usia aku bertambah setahun lagi....syukur aku masih bernyawa di bumi tuhan pada usia sebegini....kawan2 kat ofis ramai yg sedar hari ni birthday aku...aku mmg diam ajer tak nak heboh tp tak sangka ader yg buat reminder kat telefon memperingati hari ini....paling aku terharu ialah mlm td selepas kawan yg paling rapat dan memahami aku wish birthday kabur pandangan mata disebabkan oleh airmata...bertambah-tambah terharu bila tahu dia kurang sihat tapi masih memperuntukkan waktu untuk menunggu detik 12 mlm nak wish kat aku....aku tahu setakat terima kasih mmg tak cukup untuk aku membalas segala apa yang telah dilakukan...tapi hanya itu yang mampu aku berikan buat masa ini semoga suatu hari aku dapat membalas segala kebaikan yg telah diberikan.....hampir pukul 3 pagi aku masih tak dapat melelapkan mata...airmata tak nak berhenti mengalir tak terdaya aku mengesatnya aku biarkan dia mengalir semahu-mahunya....di saat menulis disini pun airmata ku masih bergenangan cuba ku tahan dari ia berguguran....


pagi td aku bawak kek yg aku buat untuk kawan2 kat ofis sbb dah mmg biasa mcm tu....setiap kali tiba birthday aku akan bawak sendiri makanan untuk kawan2....boss aku yg dah mcm tak betul tu sms ajak makan tenghari tp aku mintak maaf tak dapat nak terima pelawaan dia....biarlah aku mengelak sebelum aper2 yg tidak patut berlaku dr terus berlaku....kerana kelainan boss aku tu kali ni membimbangkan aku....bak kata pepatah biarlah dicegah sebelum parah....

Ros buat suspen aku ajer pagi td...nyaris-nyaris dia bercuti mengejut....dr pagi aku tak sudah-sudah bertanya dia ke mana sebab aku tak nampak langsung dia...rupanya cuti 1/2 ari...sebenarnya aku bimbang tak sempat nak kasi dia rasa kek tu....maklum la ramai yang turut sama nak rasa....bukan rasa ajer makan kenyang...hehehe....lepas hajat aku sebab Ros sempat makan kek tu...aper2 nanti tak ader la aku terkilan sgt....

No comments: