arini ari yg paling aku rasa mcm tak cukup masa nak buat kejer...pening gak dgn telefon yg tak berhenti berdering sehingga ader masanya aku biarkan sajer tak berangkat untung sikit sbb aku boleh tgk panggilan dr siapa....kalo dr internal mmg bnyk yg aku abaikan ajer bukan sengaja nak buat mcm tu ader masanya aku tgh ader kastemer jd tak manis nak bersembang kat telefon pulak...arini aku rasa paling bnyk aku berjumpa dgn pembeli2 rumah...semua berkaitan pengambilan kunci dan permohonan membuat ubahsuai rumah2 mereka...kebanyakan panggilan telefon pun berkaitan perkara yg sama tp paling bnyk mengenai permohonan pengubahsuaian....sehingga ke petang aku mengejar bos untuk menandatangani kelulusan borang2 permohonan tersebut...biasanya aku tak kisah lepas sembahyang jumaat boss tak masuk ofis arini aku yg teramat kisah s'pai rasa geram bila dia lambat sgt masuk...itu semua sbb dah terlanjur aku berjanji kepada pemohon2 yg nak buat pengubahsuaian bahawa kelulusan utk mereka akan siap dalam pukul tiga petang...aku mmg tak selesa kalo dah berjanji tak dapat ditunaikan tp syukur sbb aku masih dapat memenuhi janji itu...keadaan menjadi agak teruk sbb aku nak bercuti minggu depan selama seminggu....
mood petang aku agak tercemar sikit td....tp aku dapat mengawalnya...nasib baik...tp dalam pada tu aku rasa nak menangis jugak...huhuhu....tak s'pai stgh jam aku tinggalkan meja aku...balik2 keadaan dah tak mcm aku tinggalkan...semua dokumen berteraburan dah tak tersusun semcm td itu yg buat aku mmg hangin satu badan....kuat jugak suara aku marah td....mmg terasa panas muka....nasib la tak lama aku dalam keadaan tu...sbb kesian kat boss aku yg nama Attas tu dia pulak yg cuba nak kemaskan yg lelain mmg dah tak berani nak masuk campur...puncanya mencari satu borang permohonan pengubahsuaian yg ntah mcm mana blom lulus dah masuk dalam fail...mungkin terkepil dgn borang pembeli yg lain...tempat aku yg jd mangsa...
akhirnya petang td aku balik jam hampir pukul 6.30...tp lega jugak sbb bnyk yg aku setelkan sblom aku bercuti....minggu depan pun mesti tak aktif sgt sbb ramai yg cuti dan boss pun cuti sbb nak tgk result SPM anak dia...jd akhirnya aku dapat balik dgn perasaan yg agak lega jugak la....
No comments:
Post a Comment