Wednesday, September 09, 2009

raya....

ada kenangan pahit akan menjelma setiap kali hadirnya hari raya...walaupun dah masuk tahun ke 4 segalanya berlaku...tp fajar syawal tetap membuatkan kenangan itu menjelma lagi...

tahun ni paling berlainan sekali rasanya raya yg bakal ku sambut...persiapan raya pun aku tak endah...mmg tak ada hati nak beraya tahun ni setelah apa yg berlaku dr awal tahun hingga kini...biarlah raya kali ini tanpa sambutan...

aku tak kisah diri aku....cuma rasa mcm kesian tgk anak2 sedara sbb aku tak dpt nak memberikan apa yg selama ini aku beri pada mereka setiap kali raya..ini adalah merupakan tahun pertama mungkin akan terjadinya aku tak dpt mengembirakan mereka....tak pernah terjadi perkara seumpama ini sejak lahirnya along 15thn dulu...selepas itu diikuti anak2 sedara yg 5 org lg tu...setiap raya mereka akan dpt sekurang2nya 2 pasang baju raya dr aku...tahun ni aku tak berani janjikan aper2....moga rezeki utk mereka akan ada juga nnt...

tentang sambutan raya dgn taufek masih tak ada apa2 jawapan pasti dr papa...tak mengapalah...aku akan cuba bertahan dan bersabar...kerana hakikat sebenarnya taufek mmg bukanlah anak yg lahir dr rahim aku...cuma aku menumpang kasih dan menyayanginya sepenuh hati aku...walau dimana dan dgn siapa dia menyambut raya moga dia gembira dan ada ingatannya terhadap aku....

smlm lama aku bersembang dgn taufek...mcm2 cerita anak tu kongsi dgn aku...mlm ni td dek kesibukan tak sempat call dia n tanya mcmana dgn peperiksaan dia harini....kalo ada kesempatan mlm esok aku akan cuba call....

walau ada waktu aku rasa seolah jauh hati tp aku harus merenung ke dasar hati apa perlunya aku melayan rasa bila semuanya masih terlalu kabur dr nyata...maka aku biarkan semuanya berlalu walau jauh disudut hati rasa itu tak akan hilang....

terlalu sukar utk diluahkan segalanya...walau aper pun aku harus terus berdiri diatas kakiku sendiri dalam melayari hidup ini...tidak ada perkara yang mudah untuk kita hadapi dan tidak ada jalan singkat untuk mendapatkan sesuatu....

raya yang bakal menjelma pasti tetap akan tiba...segalanya masih jauh dr nyata....







No comments: