walaupun pemergianmu hampir melebihi 10 tahun tapi aku rasanya seperti baru semalam peristiwa sedih ini berlaku....aku terkenang saat2 indah sewaktu kau masih bersama kami....teringat bagaimana kau tak menyedari anak gadismu ini telah meningkat dewasa....kau hairan bila ibu melarang kau memeluk dan menciumku seperti selalu....kerana kau tak menyedari sewaktu itu usiaku telah menjangkau 17 tahun....tersenyum aku mengingati bagaimana mak selalu merajuk sbb ayah kurang berselera kalo mak yg masak nasi....hanya aku yg tahu masak nasi kegemaran ayah....bila aku tidak lagi tinggal bersama kalian kepulangan ku sgt2 kau tunggu kerana rindukan nasi yg ku masak....tp sayang aku tidak dapat berbakti lama terhadapmu kerana kau telah lebih dulu pergi meninggalkan kami....kesal kerana aku tidak dapat mengiringi jenazahmu ke pusara kerana keadaan diri aku tidak mengizinkan...aku dilarang oleh mereka2 dr mengiringmu untuk kali terakhir....kesihatan aku tidak mengizinkan....ayah tahu sakitku itu kerana saban hari ayah yg menemani aku dia katil hospital....tp ajal lebih menghampirimu setelah aku sembuh ayah jatuh sakit dan pergi menemui illahi....apakah sepanjang sakit aku itu ayah berdoa moga tuhan mengurangkan penderitaan aku dan meminta kesakitan digantikan kepada dirimu...?aku sering terpikir begitu....ayah tidak sanggup melihat aku anak gadismu menderita kesakitan.....
arini aku mengenangmu untuk kesekian kalinya....setiap kali ader kabar kawan yg ku kenali kehilangan ahli keluarga aku pasti terkenang saat2 kepergianmu....sempat kau gengam erat tanganku....perlahan2 aku merasakan gengamanmu semakin longgar dan akhirnya kau menghembuskan nafas terakhirmu didepan mataku....tangisanku tidak dapat aku hentikan sehingga aku terpaksa diberi ubat penenang dan aku tidur bersamamu yg nyata aku bangkit lagi meneruskan kehidupan tp engkau terus pergi menemui tuhan....kau tak berkesempatan melihat hari bahagia anak mu ini dan hari itu semakin jauh pergi dan aku sendiri tak pasti bila ia akan menjelma lagi.....aku tak penah jemu memanjatkan doa buatmu ayah....semoga kau damai dipersemadianmu....diiringi doa mak dan kami anak2mu.....
~6.53pm 27 May 2006~
No comments:
Post a Comment