arini pagi lagi dapat berita pulangnya ibunda tercinta akak jimie kerahmatullah...takziah buat kak jimie sekeluarga dan semoga roh ibundanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman...daripada dia kita datang kepada dia kita kembali...setelah hampir 3 minggu dalam keadaan koma akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya pagi td...tinggal lah si suaminya keseorangan selepas ini...dapat aku bayangkan mcm mana sukarnya org tua itu hendak melalui kehidupan tanpa isteri disisi....begitulah juga bondaku melalui saat2 getir melalui kehidupan sendirian selepas kepergian ayahndaku tercinta...mak kehilangan tempat bergantung, kehilangan teman selama ini dia berkongsi segala2nya...ketabahan mak selama ketiadaan ayah menjadikan mak seperti sekarang ini...aku kaguman dgn ketabahan dan kesabaran mak melalui detik2 yg sukar...mampukah aku menjadi seperti itu...?
mak sekarang ini menjadi tempat bergantung sesetengah org2 kampung...mak menjadi tempat mereka mengadu dan meminta bantuan...aku hairan kadang tu bila memikirkan bagaimana mereka yg masih punya suami meminta bantuan mak yg sudah tidak punya suami dan hidup bergantung pada hasil dr ladang kelapa sawit ditambah dgn mak menjaga 2 org cucunya yg telah kehilangan ibu...mereka yg lain pun mendapat pendapatan yg hampir sama dgn mak...tp itu lah yg terjadi dan mmg iya nyata berlaku didepan mata...mak dah jd mcm along kat kg...ader ajer yg minta bantuan dr mak tak kira masa...aku hairan mereka juga punya anak dan yg pasti anak2 mereka lebih ramai dr mak...memang pelik tp itulah kenyataan....atas dasar kemanusian mak tak pernah mengecewakan mereka yg memerlukan bantuannya....mungkin sbb itulah mak disenangi org2 kampung....begitulah rencah kehidupan kita membantu setakat aper yg termampu kepada mereka yg memerlukan...
~8.36pm(22 May 2006)~
No comments:
Post a Comment