sebentar lagi akan tenggalamlah mentari 31 December 2006...membawa segala kenangan suka dan duka kehidupan setahun yang berlalu....besarlah harapan sinaran fajar 2007 akan membawa seribu cahaya keindahan yang akan menyinari sepanjang 365 hari yg bakal dilalui...
Sunday, December 31, 2006
Saturday, December 30, 2006
Selamat Tinggal Kenangan.....
MDZ....bersama tenggelamnya sinar mentari 31hb December 2006...ku kuburkan segala kenangan bersamamu....tinggallah segala peristiwa kegembiraan dan kedukaan yang pernah sama-sama kita lalui sekian lama....akan tersemadi segala memori sebagai sebuah kenangan yg abadi...dan pasti tak akan kita ulangi lagi....tiada dendam dihati...berakhir sebuah episod kehidupan, satu pengalaman dan akan menjadi sebuah pengajaran yg pastinya akan menjadi panduan untuk aku menghadapi hari depan...aku pasrah dgn ketentuan yg telah tertulis buatku...Andai Itu TakdirNYA.....
Thursday, December 28, 2006
coretan buat teman....
teman....
inginku temani mu seandainya kau berduka...
ingin aku menangis bersama....
inginku turut merasa segala deritamu
inginku sapu airmatamu....
teman....
seandainya saat ini kau gembira
riang ria dan sangat bahagia
akan ku doakan dari kejauhan
semoga ia berkekalan dan
menjadi milikmu selamanya.....
teman....
andai kau ingin teman bicara
melepas segala yg menyesakkan dada
aku akan sentiasa ada
ingin sekali aku berjasa
membantu meringankan bebananmu yang ada....
teman...
ku doakan agar bahagia
menjadi milikmu kini dan selamanya.....
inginku temani mu seandainya kau berduka...
ingin aku menangis bersama....
inginku turut merasa segala deritamu
inginku sapu airmatamu....
teman....
seandainya saat ini kau gembira
riang ria dan sangat bahagia
akan ku doakan dari kejauhan
semoga ia berkekalan dan
menjadi milikmu selamanya.....
teman....
andai kau ingin teman bicara
melepas segala yg menyesakkan dada
aku akan sentiasa ada
ingin sekali aku berjasa
membantu meringankan bebananmu yang ada....
teman...
ku doakan agar bahagia
menjadi milikmu kini dan selamanya.....
Friday, December 22, 2006
Kau Tetap Dihati
Kau Tetap Di Hati
~ Vince ~
Setiap Hari
Mentari Terbit Sinar
Memberi Cahaya Suluhkan Kasih
Takkan Ku Mengundang Malap
Bersama Selamanya
Tapi Takdir Tetap Hadir
Apalah Daya Kita Menghalangnya
Janji Ku Sayang Padamu
(chorus)
Walaupun Diri Di Bawa Pergi Jauh Dari Sisi
Pulang Ke Tuhan Ku Tetap Merindui
Akan Ku Semadi
Takkan Ku Sesali
Kau Tetap Di Hati
Bahagia Selamanya
Impian Tiap Satu Insan
Susah Senang Akan Kita Harungi
Yang Terbaik Kan Ku Beri
~ Click ~
~ Vince ~
Setiap Hari
Mentari Terbit Sinar
Memberi Cahaya Suluhkan Kasih
Takkan Ku Mengundang Malap
Bersama Selamanya
Tapi Takdir Tetap Hadir
Apalah Daya Kita Menghalangnya
Janji Ku Sayang Padamu
(chorus)
Walaupun Diri Di Bawa Pergi Jauh Dari Sisi
Pulang Ke Tuhan Ku Tetap Merindui
Akan Ku Semadi
Takkan Ku Sesali
Kau Tetap Di Hati
Bahagia Selamanya
Impian Tiap Satu Insan
Susah Senang Akan Kita Harungi
Yang Terbaik Kan Ku Beri
~ Click ~
Thursday, December 21, 2006
GIE
GIE
Sampaikanlah pada ibuku
Aku Pulang Terlambat Waktu
Ku Akan Menaklukan Malam
Dengan Jalan Pikiranku
Sampaikanlah Pada Bapakku
Aku Mencari Jalan Atas Semua
Keresahan-Keresahan ini
Kegelisahan Manusia
Retaklah Malam Yang Dingin
Tak Pernah Berhenti Berjuang
Pecahkan Teka-teki Malam
Tak Pernah Berhenti Berjuang
Pecahkan Teka-teki Keadilan
Berbagi waktu Dengan Alam
Kau akan tahu siapa dirimu yang sebenarnya
Hakikat Manusia
Akan aku telusuri jalan yang setapak ini
semoga ku temukan jawaban
Wednesday, December 20, 2006
Permata
cantik....
semua orang suka bila dipuji diri cantik...tp berbeza aku rasa...bukan aku tak bersyukur dengan aper yang tuhan kurnia...seribu rahmat kerana aku cukup sempurna...tp kadang kala cantik membuat diri ini derita...bukan aku tak rasa bangga tp aper faedahnya andai aku tak punya sesiapa...cantik hanya pada rupa akan hilang dimamah usia...cantik bukan tiket untuk bahagia...bukan aku kata aku cantik...mereka-meraka yang merasa aku cantik yang suka berkata begitu....cantik pada mereka mungkin tidak pada org lain....aper2 pun aku bersyukur dengan segala aper yang aku dianugerahkan....
bukan aku tak bangga cuma kadang tu lemas juga...cantik ajer aper guna...lately mmg aku rasa lemas gak ramai yang suka kata mcm tu...ntah la nak amik ati ke aper...terkejut gak aku td pakcik razi tu tetiba ckp mcm tu...asalnya dia tgk gamba anak Ros...dia kata sebijik mcm mak dia....pastu dia ckp lak...tp kalo anak org belakang ni mesti cantik sbb mama dia cantik...aku pk sape yg belakang tu rupanya ckp kat aku...tp aku tak suka la sgt sbb cian Ros aku tgk ader perubahan kat muka dia mesti dia terasa seolah2 ckp dia tak cantik...aku tak suka mcm tu...nasib Ros pandai gak kaber2...dia wat gelak2 dan kata dia nak tunggu saat2 itu...huhuhu...aku lak la yang terasa masa tu sbb ntah bila la nak jadi kenyataan....cian kat aku...huhuhu
aku bersyukur dengan aper yg aku ader...tak ader niat aku nak berbangga2...terima kasih pada yg memuji dan memuja tp aper gunanya kalo ia tak membawa aper2 makna...cantik saje tak menjanjikan aper2...kadang aku rasa nak cucuk ajer mata2 yang memandang beriya2 tu...paling aku tak suka sbb mungkin diorang pandang dan lepas tu nak mengata...tak baik aku berburuk sangka tp mmg gitu la kenyataannya...sbb tu aku jalan tak pandang kiri kanan sbb aku tak nak nampak org yg pandang aku beriya2 tu...aku malu sebenarnya...huhuhu
aku sebenarnya sedih bila ramai kata aku cantik...cantik tak membuat aku bahagia...kasihku tak sempat dibawa kesyurga...rosak kerana cantik yang ader...dia cemburu hingga memakan jiwa...akhirnya aku ditinggalkan sengsara....paling terluka bila ader yang berkata..."awak cantik dan bergaya kenapa dia tak hargainya..."...aku dah sedar lama...dia cemburu lalu membuat angkara...puas ku tahan dan mengikut rentaknya...tp akhirnya kecundang jua...ader lelaki yang bangga bila teman dipuji cantik tp tidak pada dia...cemburu beraja dihati setiap kali ader yang merenungi sehingga memakan hati dan akhirnya tak tertanggung lagi....dia pergi....bertahun kasih dibina ku sangka dia dapat terima rupanya semakin menyiksakan jiwa...akhirnya perpisahan yang terjadi...bukan ku pinta sentiasa dipuja dan dipuji...bukan niat untuk berbangga diri...tak dapat ku tahan mereka-mereka yang berkata...cantik pada mata mereka aper aku nak kata....huhuhu....
Tuesday, December 19, 2006
terima kasih.....
tak tahu bagaimana hendak ku luahkan aper yg bermain difikiran ketika ini...maafkan aku sekiranya coretan-coretanku selama ini menganggumu...mungkin kau bosan dengan semua yang aku luahkan saban hari tanpa jemu...mungkin juga tidak sampai hatimu untuk menyatakan kebosanan yang membelenggu jiwa terhadap setiap coretanku...aku sedar aku memang tidak setanding untuk beriringan denganmu dan juga semua teman-temanmu...aku menyedari kekurangan diriku...telah lama aku merasa teramat berbezanya aku, kamu dan semua teman-temanmu...
Yang...terima kasih kerana hadir dalam kehidupanku dulu kini dan moga selamanya...terima kasih kerana menjadi tempat aku meluahkan perasaan suka, duka...terima kasih juga kerana menerima diri ini seadanya...terima kasih kerana mengizinkan aku memanggilmu 'Yang'...aku tak akan meluahkan semuanya ini ditempat biasa kita bersama...hanya disini termampu aku coretkan...disini ditempat tak sesiapa mengenaliku...coretan bisu ini aku lakarkan untuk meluah segala yang membelenggu jiwa...
Yang...aku pasti akan menyiapkan apa yang aku ingin hadiahkan padamu...sekalipun hajatku itu tidak akan kesampaian akan aku simpan ia sebagai kenangan untuk aku jadikan lambang persahabatan kita...aku tidak akan pernah jemu mendoakan kebahagian dan kesejahteraanmu untuk selamanya...aku sedari aku bukan sesiapa untuk kau kenangi selamanya...cukup selama ini kau menerima diri ini seadanya aku...TERIMA KASIH Yang...aku ingin menjadi sahabatmu selamanya...mendengar segala kisah suka duka mu berkongsi segala rasa andai kecewa atau gembira...aperkah sebenarnya kisah kita sama...?...masanya belum tiba untuk aku luah segala...aderkalanya aku merasa seolah-olah ia sama cuma masih tak ternyata...inginku rasa menangis bersama sekira kau dilanda duka...ingin ku teman kau ketawa bila bahagia datang menjelma...inginku jadi teman yang setia menemani mu saat suka dan duka...tempat kau meluahkan rasa melepas segala bebanan yang menyiksa...kau tahu dimana aku berada jangan malu dan segan sekiranya kau memerlukan teman bicara...aku pasti akan sentiasa bersedia kerana ingin juga aku berjasa kepadamu sekali sekala...kasih ku selamanya akan bertakhta...kau tetapku kenang walau dimana berada...sentiasa ku doakan kau sentiasa gembira dan bahagia...andai ader derita semoga ia cepat-cepat berlalu di bawa arus masa...Yang...semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.....
Yang...terima kasih kerana hadir dalam kehidupanku dulu kini dan moga selamanya...terima kasih kerana menjadi tempat aku meluahkan perasaan suka, duka...terima kasih juga kerana menerima diri ini seadanya...terima kasih kerana mengizinkan aku memanggilmu 'Yang'...aku tak akan meluahkan semuanya ini ditempat biasa kita bersama...hanya disini termampu aku coretkan...disini ditempat tak sesiapa mengenaliku...coretan bisu ini aku lakarkan untuk meluah segala yang membelenggu jiwa...
Yang...aku pasti akan menyiapkan apa yang aku ingin hadiahkan padamu...sekalipun hajatku itu tidak akan kesampaian akan aku simpan ia sebagai kenangan untuk aku jadikan lambang persahabatan kita...aku tidak akan pernah jemu mendoakan kebahagian dan kesejahteraanmu untuk selamanya...aku sedari aku bukan sesiapa untuk kau kenangi selamanya...cukup selama ini kau menerima diri ini seadanya aku...TERIMA KASIH Yang...aku ingin menjadi sahabatmu selamanya...mendengar segala kisah suka duka mu berkongsi segala rasa andai kecewa atau gembira...aperkah sebenarnya kisah kita sama...?...masanya belum tiba untuk aku luah segala...aderkalanya aku merasa seolah-olah ia sama cuma masih tak ternyata...inginku rasa menangis bersama sekira kau dilanda duka...ingin ku teman kau ketawa bila bahagia datang menjelma...inginku jadi teman yang setia menemani mu saat suka dan duka...tempat kau meluahkan rasa melepas segala bebanan yang menyiksa...kau tahu dimana aku berada jangan malu dan segan sekiranya kau memerlukan teman bicara...aku pasti akan sentiasa bersedia kerana ingin juga aku berjasa kepadamu sekali sekala...kasih ku selamanya akan bertakhta...kau tetapku kenang walau dimana berada...sentiasa ku doakan kau sentiasa gembira dan bahagia...andai ader derita semoga ia cepat-cepat berlalu di bawa arus masa...Yang...semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.....
Monday, December 18, 2006
Minggu Ke 51 tahun 2006
hmmm...seminggu ajer lagi dah nak masuk tahun baru 2007....pantas sungguh waktu berlalu....banyak kenangan di tahun 2006 akan ditinggalkan...satu kenangan dan pengalaman yang semakin mendewasakan...moga tahun 2007 membawa cahaya yang lebih gemilang....InsyaAllah....
pagi ni aku paling awal sampai ke pejabat...memang tak ader sesiapa langsung yang tiba lebih awal dari aku...pecah rekod nampaknya aku pagi ni...hehehe...sunyi ajer masuk ofis...selalu kalo ari isnin akan riuh rendah sbb masing-masing bercerita aktiviti hujung minggu yang mereka semua jalani...tp keadaan jadi sunyi sbb ramai yang cuti...kebetulan dengan cuti sekolah semua yang berkeluarga ambil kesempatan habiskan cuti tahunan bersama keluarga...bila aku nak rasa macam tu juga...hmmm...InsyaAllah akan tiba masa itu harapnya....
teramat rajin aku arini...sampai pejabat terus ajer buat kerja...lawak lak rasanya perangai aku arini...sblom memulakan kerja aku telefon taufiq dahulu...arini dia nak balik kuantan dengan mama lan dia...ntah bila aku dapat jumpa dia lagi...bila jumpa mesti dia dah semakin dewasa...moga jadi lelaki yang mulia....cuma dia manja sangat...hehehe...Ros pun datang lambat arini...tak sempat aku jumpa anak dia tak ader la suara kecil pagi ni yang memanggil aku mama...hmmm...arapkan panggilan dr anak2 sedara dan anak2 teman2 ajer la...arap2 nnt anak kawan baik aku tu pun sudi panggil aku mama....hehehe...berangan lebih lak...kalo mama dan papa dia kasi la....kalo tak nak wat camner...anak org...aku tumpang tgk ajer la....
banyak kejer arini sbb rumah baru nak siap...bnyk yang nak kena sediakan sblom kunci diserahkan kepada yang empunya...kalo boleh boss nak semua sedia dalam minggu ni...tp arini aku tak dapat nak siapkan kulit untuk muka depan dokumen tu...InsyaAllah aku akan cuba lagi esok....td dah siap sikit cuma aku yang tak puas ati dgn gamba tu...boss tak kisah sgt...dia ikut ajer aper yg aku buat...cuma aku ni jenis susah nak puas ati dengan percubaan pertama...hehehe...yang dah biasa dgn aku mmg kenal sgt pangai aku yg satu ni...org kata cantik dah aku mesti nak ubah lagi...paling best kalo suruh abg nan yang komen...memanjang aku wat semer cantik ajer...hehehe...kadang2 aku gak yang kena siapkan cover untuk gamba2 yang dia nak hantar untuk board meeting...sanggup tunggu aku free sbb nak soh aku tulun watkan...hehehe...tp abg nan mmg teramat baik...tak sangka umur dia dah 50++ dah ader anak teruna umur 20 tahun...pak aji tu...hehehe
habis satu hari kat ofis...aku balik dah lewat...mcm biasa mesti nak melawat rumah biasa tu...cuma aku tgk dr luar ajer arini tak sempat nak masuk lagi....tgh sibuk nak jahit manik aku sbb dah 2 hari aku tak sempat nak jahit langsung...lari target aku nak siapkan minggu lepas...tp minggu ni mesti siap tu...sbb tinggal sikit ajer lagi....sabtu aritu Taufiq kata dia nak yang itu...mungkin aku akan kasi kat dia....tgk la dulu mcm mana....
arap2 teman rapat aku tu terima pesanan...aku ader sesuatu nak tanya dia...bukan berkaitan dgn org2 lain yg disekeliling kami...hanya berkaitan dengan aku ajer...aku sangat berharap persahabatan kami tidak akan tergugat dengan segala aper yang terjadi...aku tetap anggap dia teman yang akrab dan akan sentiasa ader walau aper pun keadaan dia...aku sentiasa sudi dan akan ader sekiranya dia memerlukan aku....aku pasti akan sedia setiap masa...itu ajer yang aku dapat lakukan demi membalas segala kebaikan yang dia berikan selama aku melalui saat2 sukar dalam hidupku....
Rumah Oren 2
tempat itu aku panggil rumah oren...setiap hari aku akan bermain-main disitu...menyapa teman-teman yang ada...rumah itu bukan milik aku...aku hanya menjadi pengujung setia saban waktu...janganlah diapa-apakan rumah itu kerana di situ saja tempat yang aku ada untuk menghabiskan sisa-sisa masa menghiburkan hati yang berduka lara...semoga pintaku ini akan terdengar dek yang empunya...
seribu kenangan terpahat di sana yang aku pasti tak akan termampu ku ulang semula...detik waktu yang ku habiskan di sana menjadi kenangan terindah dalam diri...di sana ku kenali berbagai ragam manusia dan hati budi teman-teman yang ada...semoga rumah oren masih kekal disitu.....
seribu kenangan terpahat di sana yang aku pasti tak akan termampu ku ulang semula...detik waktu yang ku habiskan di sana menjadi kenangan terindah dalam diri...di sana ku kenali berbagai ragam manusia dan hati budi teman-teman yang ada...semoga rumah oren masih kekal disitu.....
semalam yang berlalu
semalam riuh rendah rumah ini, tak terlayan aku pada semua tetamu yang ada, waktu yang singkat aku habiskan hanya dengan tiga insan kecil yang teramat dekat denganku, gmie, fatin dan boy. Taufiq macam biasa dia memang pandai bawa diri di dalam keriuhan tetamu yang ada, dia memang budak yang sangat baik, cuma malang nasibnya tidak diketahui asal usul, tapi aku tahu dia bahagia dengan kehidupan yang kini tersedia moga besar dia jadi insan berguna. Mak yang sama ada terharu sebab dah lama tak jumpa Taufiq dia dah anggap sama macam cucu-cucu dia yang lain. Hanya pada mereka-merekalah aku menumpang kasih sementara hayat masih ada, nak arapkan darah daging sendiri terasa semakin jauh panggang dari api mungkin dah takdir aku begini. Saat mereka jauh pada anak-anak teman sepejabat aku menabur kasih anak FR dan Ros dah seolah-olah anak aku juga panggilan mama yang mereka beri buat aku terharu. Aku tumpangkan kasih pada yang sudi walau semuanya sikecil yang masih tidak mengerti rencah kehidupan. Terbit rasa cemburu pada teman-teman yang seusiaku mereka bahagia dengan keluarga dan anak-anak. Mieza dengan 3 anak lelaki, Shidah dengan sepasang putera puteri tapi aku ntah bila lagi. hmmm....
dah 3 malam aku tak dapat melelapkan mata moga pagi ini aku dapat menjalankan kerja dengan sempurna. Di pejabat aku perlu menjaga nama tak ramai yang tahu aku sedang dilanda derita hanya mereka-mereka yang aku percaya. Gelak ketawa sentiasa ada sewaktu aku menjalankan tugas-tugas pernah ada yang berkata tak adakah saat aku berduka....hanya aku yang tahu...tak perlu ku kabarkan pada semua yang aku sangat derita...pada tuhan kupanjatkan doa...semoga akan ada bahagia menjelma sebelum aku menutup mata.
Sunday, December 17, 2006
siapa aku....
siapa aku
siapa aku untuk mengetahui segala gerakmusiapa aku untuk kau kabarkan segala kisah hidupmu
siapa aku untuk merasa terluka dan kecewa
siapa aku untuk kau maklumkan ke mana arahmu
siapa aku untuk menjadi orang yg kau percaya
siapa aku untuk merasa diri sentiasa diingati
siapa aku untuk merasa hiba dan berduka
siapa aku untuk merasa jauh hati dgn sikapmu
siapa aku untuk menangisi rasa terkilan dihati
siapa siapa siapa aku....?
bila mengenang siapa aku sebenar-benarnya
ternyata aku bukan siapa siapa
terpaksa ku tahan rasa hati sekalipun ia amat memeritkan
tapi aku tahu kau siapa dihatiku
sahabat yang rapat dan karib dgnku
sahabat yang aku curah segala rasa di jiwa
sahabat yang aku kongsi segala duka lara
sahabat yang aku percaya
terima kasih kerana memberi aku ruang mencurah rasa
maaf andainya kau merasa terganggu
simpan saje rasa itu
andai kau luah pasti merobek hatiku
Saturday, December 16, 2006
maafkan aku teman
teman...maaf ku pohon darimu....dengan tanpa dirancang dan disengajakan aku telah melewati daerah rahsiamu....setiap lorong dan liku disitu telah aku terokai...terasa amat bersalah diri ini...segala kesulitan dan kesengsaraan yang kau alami pastinya berpunca dari diri ini...ampunkan aku teman...
Namun Ku Punya Hati
Namun Ku Punya Hati
Senyum ku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua
Senyum ku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua
Subscribe to:
Posts (Atom)