Tuesday, December 19, 2006

terima kasih.....

tak tahu bagaimana hendak ku luahkan aper yg bermain difikiran ketika ini...maafkan aku sekiranya coretan-coretanku selama ini menganggumu...mungkin kau bosan dengan semua yang aku luahkan saban hari tanpa jemu...mungkin juga tidak sampai hatimu untuk menyatakan kebosanan yang membelenggu jiwa terhadap setiap coretanku...aku sedar aku memang tidak setanding untuk beriringan denganmu dan juga semua teman-temanmu...aku menyedari kekurangan diriku...telah lama aku merasa teramat berbezanya aku, kamu dan semua teman-temanmu...

Yang...terima kasih kerana hadir dalam kehidupanku dulu kini dan moga selamanya...terima kasih kerana menjadi tempat aku meluahkan perasaan suka, duka...terima kasih juga kerana menerima diri ini seadanya...terima kasih kerana mengizinkan aku memanggilmu 'Yang'...aku tak akan meluahkan semuanya ini ditempat biasa kita bersama...hanya disini termampu aku coretkan...disini ditempat tak sesiapa mengenaliku...coretan bisu ini aku lakarkan untuk meluah segala yang membelenggu jiwa...

Yang...aku pasti akan menyiapkan apa yang aku ingin hadiahkan padamu...sekalipun hajatku itu tidak akan kesampaian akan aku simpan ia sebagai kenangan untuk aku jadikan lambang persahabatan kita...aku tidak akan pernah jemu mendoakan kebahagian dan kesejahteraanmu untuk selamanya...aku sedari aku bukan sesiapa untuk kau kenangi selamanya...cukup selama ini kau menerima diri ini seadanya aku...TERIMA KASIH Yang...aku ingin menjadi sahabatmu selamanya...mendengar segala kisah suka duka mu berkongsi segala rasa andai kecewa atau gembira...aperkah sebenarnya kisah kita sama...?...masanya belum tiba untuk aku luah segala...aderkalanya aku merasa seolah-olah ia sama cuma masih tak ternyata...inginku rasa menangis bersama sekira kau dilanda duka...ingin ku teman kau ketawa bila bahagia datang menjelma...inginku jadi teman yang setia menemani mu saat suka dan duka...tempat kau meluahkan rasa melepas segala bebanan yang menyiksa...kau tahu dimana aku berada jangan malu dan segan sekiranya kau memerlukan teman bicara...aku pasti akan sentiasa bersedia kerana ingin juga aku berjasa kepadamu sekali sekala...kasih ku selamanya akan bertakhta...kau tetapku kenang walau dimana berada...sentiasa ku doakan kau sentiasa gembira dan bahagia...andai ader derita semoga ia cepat-cepat berlalu di bawa arus masa...Yang...semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.....

No comments: