Wednesday, February 17, 2010

dk II


Andai nak dikata saya cemburu melihat segala apa yg dilakukan dk dgn semua PA bolehlah….tp sebenarnya saya kesian kat budak2 tu….mereka tak tahu apa hakikat sebenar hidup disamping dk…


Dk memang manis mulut menabur janji…dk bawa PA2 ke sana sini dan melayan bagikan puteri, diberi segala apa yg mereka mahu, hakikat apa yg dk ragut dr mereka tidak mereka ketahui…mereka tidak akan menyangka habis madu sepah dibuang….saya tak tahu apa yg mereka fikirkan…mereka terlalu yakin dgn segala janji dk….walaupun dk tidak memburukkan isteri2nya tp dk ttp dgn segala kata yang manis dibibir saja….


Mungkin kerna saya adalah salah seorang yang ditakdirkan menjadi dekat dan hampir keseluruhan kisah kehidupan dk hari ini dan sebelumnya saya ketahui dr dia yg hampir sedekat hidup bersama dk….saya jd kasihan dan ingin berada disamping dk utk membantunya bangun semula…hilangkan segala dendam pada wanita yg pernah menghancurkannya….kerna bagi saya dendam dk hanya memusnahkan dirinya sendiri….


Saya tetaplah diri saya itu yg buat dk adakalanya memang naik angin dgn saya….saya ttp akan tegur dk atas segala kesalahan yg dilakukan sekiranya perkara itu spai dipengetahuan saya….saya tahu dk sukar menerimanya kerna mungkin dikalangan isteri2 dia pun tak seberani itu menegur dk….ntahlah…pada saya kalo bebenar2 sayang kita akan tegur kesilapan mereka….kalo dibiarkan terus bermakna kita suka melihat kehancuran dia yg kita kata kita sayang….pada saya sayang tak bermakna biarkan mereka sekalipun mereka melakukan kesalahan… dan kesalahan mereka tidak seharusnya ditegur dgn kekasaran…


Sikap saya yg satu itu buat dk menjauhkan saya dr kehidupan sebenar dia…tp saya yakin walaupun saya jauh saya akan dpt juga menegur dk…dgn cara saya…sebagaiman saya lakukan pada papa….mungkin tak ada yg memahami apa yg saya lakukan ini…biarlah asalkan saya faham niat sebenar saya….saya terima takdir dan hakikat kehidupan ini yg dk bukanlah milik saya tp saya ttp mahu dia berubah dan membahagiakan mereka yg mungkin akan hidup bersama dia hingga hujung nyawa….bahagia saya pasti juga akan ada satu hari nanti….makna sayang pada saya adalah bahagia bila melihat org yg kita sayang berbahagia dgn apa yg mereka inginkan dalam kehidupan mereka berlandaskan kebenaran, keikhlasan dan kejujuran….


Sehingga hari ini saya pasti tiada seorang pun isteri dk berani menegur dk dengan segala kerakusan dk…mereka hanya berani dikalangan mereka memperkatakan segala kebuasan dk dan demi untuk mengubat hati masing2 mereka menyalahkan wanita yg dk rosakan dan memadankan muka gadis2 yg dinodai dk….hakikat bagaimana dk memperlakukan gadis2 tersebut tidak mereka fikirkan walaupun hakikat sebenarnya mereka sendiri pernah melaluinya….mengapa ada wanita yg sebegini, wanita yg terlalu suka mempersalahkan kaum mereka disebabkan seorang lelaki…apakah itu makna sayang yg sebenar2nya? Kerna terlalu sayang pada seorang lelaki mereka terima segala kesalahan yg dilakukan? Mereka terus melupakan segalanya bila ditaburi dgn kata manis dan pujukan, bila berdepan segala kemarahan yg menyala terpadam dan mereka hanya menganggukkan segala yg dk tuturkan…mungkin disebabkan itulah dk membenarkan saya pergi dr sana namun dk tidak mahu hubungan dgn dia saya putuskan….jangan dk sangka bila berjauhan saya tidak akan menegur dk…..bila saja ada kesempatan akan saya lakukan…itu saja tanda sayang yg dpt saya berikan pada dk….walaupun saya juga sendiri tidak pasti sejauh mana sayang yg dk tuturkan pada saya itu ikhlas….mungkin kerna dk juga antara yg rapat dengan saya itulah sbbnya terbit sayang saya pada dia dan selebihnya saya kasihan melihat kehidupan sebenar dk….walau punya bnyk isteri dan anak2 hakikat sebenarnya dk tidak miliki apa pun…itu yg saya lihat….


Kasihan saya pada dk melimpah ruah bila melihat dk termenung sendirian, seolah dia sendiri meyedari hakikat kehidupan dia yg ntah dimana akhirnya…dr wajah dk yg sebegitu saya seolah dpt melihat yg dk sendiri tersiksa dgn segala apa yg dilaluinya dan dilakukannya pada semua….namun dk mungkin belum temui jalan untuk keluar dr segalanya dan mungkin belum ditemui seseorang yg mampu memberikan sokongan dan memimpinya keluar dr situ….yang paling nyata dek kerna EGO seorang lelaki dk berlagak seolah segala2nya berada dilandasan yg betul…walau kepincangan itu tak dpt lagi dilindungi….


Moga seandainya kami masih berhubungan saya mahu jd wanita yg mampu memberikan kesedaran pada dk…tidak saya tuntut apa2 pun sebagai balasan cukup seandainya dk dpt melalui kehidupan sebenar diatas landasan yg benar dan dihormati, disanjung dan dipandang mulia dek anak2, isteri dan pekerja2….semoga dk dpt menjadi pemimpin pada institusi kekeluargaan dan syarikat yg dimilikinya…..saat itu mungkin saya akan pergi dr kehidupan dk dan mencari kebahagian saya, walau entah dimana, perjalanan itu ttp akan saya teruskan sehingga ke destinasinya satu hari nanti….


150210@kuantan





No comments: