Wednesday, February 17, 2010

dk

Dk melambung saya mcm bola ke sana sini bila saya tuntut gaji saya yg terakhir….biarlah buatlah sesuka hati dia selagi dia mampu….mmg ternyata berlainan sungguh dk bila depan mata dan ilang dr mata…

Saya tak peduli apa dk anggap saya pada dia….sikap dk yg sgt berbeza masa didepan mata mmg mengelirukan….moga selepas ini saya sibuk dgn kerja dan dk sibuk dengan urusannya, sedikit2 hubungan kami akan renggang, sekalipun dk memang pernah berpesan jangan melupakan dia, naum segalanya terserah pada takdir dan waktu….saya tak berani secara terang dan kasar meninggalkannya…saya tak mahu sekali lagi disakiti dgn segala mcm ilmu hitam…memandangkan saya tahu dk tak kurang juga mengamalkan menda sedemikian….

Dk cukup pandai berlakon untuk mengaburi isteri2 dia…selama ini dk menunjukkan bencinya pada saya, walau hakikat sebenarnya dalam hati dia bergolak sebaliknya…semuanya semata2 nak menutupi perasaan sebenar dk pada saya dr diketahui isteri2…..tp sejauh mana dia menyembunyikan, naluri seorang isteri pasti akan dpt mengesannya….

Mmg ternyata bila berjauhan dr isteri tindak tanduk dk berlainan sekali ..mulut manis dk mengayat mmg buat mereka yang tak cukup berakal akan hanyut dilambung perasaan….bila dah mengetahui hakikat sebenarnya nnt barulah akan menyesal….kesian saya pada gadis2 lain yang tidak mengetahui hakikat kehidupan dk….saya bersyukur selama saya di sana terlalu bnyk yg saya lihat dan ada sebahagiannya tanpa pengetahuan dk…itulah rahmatnya kesilapan saya dalam menerima kerja yang ditawarkan dk…sebahagian dr pada apa yg saya lihat itulah yang membuatkan saya tidak terlalu mempercayai segala kata2 dk dan dr situlah yg timbul kasihan saya pada dk dan ingin saya membantu dk, saya ingin memberi sokongan utk dia bangun semula dan memdamkan dendamnya pada kaum hawa…disamping saya taknak dk terusan mempermainkan kaum saya dan menyakiti hati isteri2nya….

Saya sedar segalanya tp saya ttp bermain dgn api sbb saya nak menjadi wanita pertama yg membuatkan dk sedar dan menghargai wanita, menghormati wanita, menaikan martabat wanita, menyayangi wanita yg dinikahinya, tidak memperhambakan wanita dan menjadikan wanita tmpt melepaskan nafsu semata….

Keyakinan saya kuat bahwa saya mampu melakukannya….mungkin disebabkan dk pernah kata tmpt pertama kami berjumpa adalah masjid besar yg tersergam indah lambang keagung agama Islam, maka kata dk dia yakin apa saja silaturahim yg terjalin diantara kami akan berkekalan, moga apa yg dituturkan dk adalah lahir dr hatinya….untuk terlalu yakin pada kata2 dk saya bimbang juga, tp dk tetap mengulanginya baru2 ini, disamping berniat utk solat berjemaah dgn saya….doa saya moga semuanya adalah tulus dr hati dk dan saya mendoakan akan ada perubahan secara beransur2 dalam diri dk…kerna dia tak akan hidup menongkat langit….

Walau terlalu bnyk sikap dk melukakan, tp saya ttp mahu melihat dk berubah, saya kesian sebenarnya tgk dk, terutama bila sebahagian kisah kehidupan sebenar dia dgn isteri2 dia dlm pengetahuan saya, segala yang saya ketahui bukan dr mulut dk tp dr penelitian dan pemerhatian saya selama saya berada dalam kehidupan dk, kadangkala saya rasa mcm saya nak bagi dia layanan sewajarnya didapati dek seorang suami, tp memandangkan dk bukan siapa2 pada saya biarlah hasrat itu saya kuburkan jauh dilubuk hati…seandainya dk tahu saya takut dia akan menuntutnya….walaupun dk sering kata dia rasa lebih manja dan mengada2 bila kami habiskan masa bersama….sikap saya yg memang suka memanjakan siapa saja yg rapat dgn saya mmg tak saya nafikan…sudah sejak azali saya dijadikan begitu….lihat saja taufek dan nurhakimie spai skrg masih mkn bersuap walaupun masing2 dah berusia 13 dan 8 thn…blom lg dgn 4 lg anak2 sedara saya….tak dinafikan sesorang pernah kata yg saya punyai sifat keibuan yg terserlah….

Ada waktunya saya mmg teringin menjadi surirumah sepenuh masa dan berbakti hanya pada suami dan anak2…keinginan itu mmg sering kali menjengah hati saya kebelakangan ini, moga tuhan menghadirkan seorang lelaki yg dpt saya curahkan kasih sayang utk saya jdkan tempat bermanja dan contoh kepada anak2 saya kelak…Aminnnnn….




140210@kuantan

No comments: