Friday, May 22, 2009

mengimbau kenangan lama...

Mlm ni td aku ronda2 bukak mcm2 file kat dalam pc ni…nak surfing tenet kat sini teruk dah semalam dua ni…letih nak tunggu loading page…


Dalam pada ronda2 tu aku dok baca file private msg dgn kawan2 dedulu…terbaca lak 3 msg yang dikirimkan dek seseorang…aku mmg tak berapa mesra dgn org tu lately, dedulu ada gak bermesra dan bergurau senda kat tmpt2 kami lepak reramai…tp sejak aku dapat pm dr dia tu langsung aku dah tak meninggalkan jejak kat tmpt2 yg biasanya aku ada…bkn aper…aku pun tau gak malu, bila org dah tak suka and warning utk tidak dekat2 dengan derang takkan aku mcm tak paham lak…


aku tahu, aku tak setaraf utk berkwn n bersembang dgn org yg tinggi darjatnya dan bijak pandai mcm dia…aku sedar diri aku tp dulu tu sbb aku ingat nak ramaikan kawan jer…rupanya org mmg tak sudi berkawan dgn aku…aku jer idung tak mancung pipi tersorong2…selama ni pun mungkin aku jer yg pasan aku ramai kawan n org suka berkawan dgn aku…tp sebenarnya kawn2 yg dah menjauhkan diri dari aku tu sbbnya dah tak tahan dgn perangai aku…tp derang taknak ckp takut aku kecik ati…sbb tu aku pk skrg ni apa2 pun punca org menjauhkan diri n taknak lg berkawan dgn aku adalah diri aku sendiri…


hmmm…tak pepasal aku terimbau kenangan lama sbb dok baca file2 lama dalam pc aku ni…pc ni aritu dekat 5 bln tak bukak sbb aku kelam kabut dgn kehidupan aku ni..skrg ni aku rasa mcm dah nak setel down…pasni aku akan mengorak langkah utk memulakan satu lagi kehidupan demi masa depan…moga2 semuanya berada dilandasan yang betul dan aku dpt hidup seperti aku yang dulu…Aminnnn…











Wednesday, May 20, 2009

sampai hujung

Mak dah kuar dr sepital, tp dia balik kejap jer umah dia ni td, skrg ni dia akan tinggal kat umah adik utk 2-3 hari katanya. Aku tak tau nak komen aper, aku biar jer dia tinggal dgn adik, tp dalam pada tu aku ada sikit terasa sbb mcm aku takleh lak jaga mak. Mcm selama ni duduk dengan aku yang buat mak sakit. Paling aku geram sbb nanti mesti family in-law adik aku tu anggap aku ni takmo jaga mak. Derang tak tau selama ni pun adik ke hulu ke hilir jer buat apa sajer untuk mak tp segala pergerakkan adik tu aku yang tanggung, nak isi minyak ke, nak beli ubat ke, nak mkn minum ke, apa sajer yg melibat kan duit semer aku yang tanggung. Bkn aku nak berlagak aku citer kat sini tp sekadar nak meluahkan apa yg ada dlm hati aku ni.


Sebenarnya kerja yg dibuat dek abg ipar adik aku tu pun puncanya dr aku, kalau aku tak modalkan taktau la derang tu nak makan aper, even rumah yg derang duduk dgn perasaan bangga sbb umah dahlah besar dgn segala kelengkapan tu semuanya pun berpunca dr aku gak kalau aku tak hulurkan deposit utk rumah tu dulu mmg tak tau spai skrg ni adik aku tu menumpang kat mana. Luahan ni bukan aku tujukan kat adik aku tp kat adik ipar aku yg perasaan hidup dia mewah sedangkan semuanya berpunca dr aku, itu pun dia masih ada perasaan ckp benci kat aku. Setelah semer yg aku bg kat dia selama ni dia ckp benci kat aku. Elok la tu...aku ingat kata2 dia tu spai bebila…


Roda aku kali ni berada dibawah, jd masa nilah semua org yg dulu rapat dgn aku dah mula menganggap aku nanti bakal menyusahkan derang, takper…ini hari dorang. Even aku dlm keadaan ni, aku masih mampu bertahan and berbelanja ikut kemampuan aku. Dlm keadaan ni pun adik beradik masih ada yg mintak bantuan aku dr segi kewangan. Syukur dgn segala rezeki yg dikurniakan Tuhan kat aku…Alhamdulillah…


Cuma td aku sedih gak bila mak tak blk sini sebaliknya duduk umah adik, rasa gak mcm aku ni takmampu jaga dia kot dia rasa…tp semernya aku pendamkan sajer…biarlah terpendam kat hati aku tanpa aku luahkan kat sesiapa, moga lepas ni aku dpt pergi dr sini dan meneruskan kehidupan aku walaupun aku terpaksa mengharunginya sendirian….


Buat masa ni aku bersabar dgn segala dugaan yg mendatang, semoga kesabaran yg bersisa ni mampu aku pertahankan sehingga ke penghujung jalan….









Monday, May 18, 2009

salah ke aku terasa?

Arini dah 4 ari mak masuk sepital, arini aku tak gi tgk mak sbb kenderaan takder n ditambah pulak dgn anak2 arwah kakak aku ni takder sape yg nak tunggu, derang sekolah lak lg, kalo dedua tu lelaki mmg aku tinggalkan jer tp memandangkan ada sorang perempuan bimbang gak aku nnt jd perkara yg tak diingini. Mak kat hospital tu mmg dah tentulah akan ada nurse2 yg tgk, tp kalo aper2 jd kat anak sedara pompuan aku ni sok menyesal pun dah tak berguna.


Harini aku tak tau nape aku tersensitip lebih lak, puncanya td masa Shikin datang anta barang dapur yg aku kirim kat dia beli utk budak2 ni, kalo aku sorang aku tak kisah nak makan minum pun, aku dah biasa masa dok sorang dulu mcm tu, ni sbb ada budak2 ni terpaksa gak aku masak. Mak pesan kat Shikin suruh tgkkan barang kemas dia, dia tak ingat letak kat mana, mak pesan kat Shikin suh aku cari, aku tak masuk bilik mak utk geledah barang2 dia sejak dia masuk sepital, even bag dia yg dia bawak masa memula masuk sepital pun aku tak mintak dr Shikin bila dia suh Shikin yg pegang. Yang buat aku terasa ati td sbb pas dah jumpa barang2 kemas tu mak pesan kat Shikin suh Shikin ambik bawak balik rumah dia, aku terasa seolah2 mak tak percaya aku kat rumah ni dgn adanya barang2 dia tu. Adakah mak pk yg aku nnt akan ambik barang2 kemas dia tu…?mak lupa ke aku punya pun lebih besar dr barang2 kemas yg mak ada…?ntah la…malas aku nak pk aper sebbnya yg aku rasa skrg ni aku sgt2 terasa ati n dah 2-3 kali airmata aku tumpang bila teringat kat perkara tu.


Mungkin sbb bnyk sgt perkara berlaku pada aku lately yg buat aku jd sensitive, tp salahkah aku utk aku terasa kalo apa yg jd td tu benar2 membuat aku terluka? Aritu tak jd menikah pun aku tak sedih camni…


Kalo ikutkan hati aku mau jer esok pepagi aku tinggalkan umah mak ni, tp bila mengenangkan nnt kalo mak tau perkara ni dia makin sakit, aku terpaksa sabarkan hati aku, aku takder tmpt nak citer menda ni, kat sini ajer la tmpt aku luahkan, moga lepas aku dah tulis semer ni kat sini aku dpt tido dgn lena dan bangun esok pagi aku tak ingat lagi peristiwa awal malam td…


Aku tak tau aper yg patut aku rasa…salah ke rasa terluka aku ni…?atau aku sajer yg sensitip. Aku ada juga hati dan perasaan, sejak dr awal February dulu dah terlalu bnyk yg aku pendamkan, kalo aku fikir2kan tak tau tindakan apa yg aku buat…buat masa ni satu2nya yg aku fikir utk pergi jauh dr sini and dr semer mereka. Patut ke aku amik tindakan itu dlm keadaan mak masih dalm hospital..?


Aku pernah luahkan yg aku ingin pergi dr sini dan biarlah sakit pening aku tanggung sorang2, biarlah apa nak jd pun aku tak mahu menyusahkan derang lagi, apa yg jd ni bebetul membuat aku ingin pergi jauh….semoga kewarasan masih bersama aku, jgnlah nnt apa sajer tindakan aku mengakibatkan sesuatu pada mak, aku masih memikirkan dia buat masa ini, biarlah kalo dia sesungguhnya mmg merasai yg aku ni dah terlalu menyusahkan semua org.


Aku sedar masa org lain susah mmg aku perlu bantu, tp bila aku dlm keadaan itu takakan ada sesiapa yg dpt bantu aku, dah lama aku sedar hakikat itu. Buat masa ini kesabaran yg ada masih bersisa…moga ia masih terus ada utk satu waktu lg…kalo mak dah sihat nnt aku tak jamin aku masih akan ada di sini.















Thursday, May 14, 2009

Kesilapan Besar

Silap besar!


Kalau saya ckp mcmni depan mak mesti dia akan kecik ati, sbbnya punca segala kesilapan ni adalah dari bermulanya saya ikut kata mak minta saya berubat kampong atau lg mudah berubat dengan bomoh.


Saya tau niat mak adalah untuk melihat saya sihat sepenuhnya seperti sediakala, niat baik mak tu mmg saya tak sangkal dan demi mak yg mintak saya berubat dgn bomoh tulah yg saya tunaikan, bukan takder dikalangan kwn2 dan kenalan yg pernah cadangkan menda tu tp saya takmo, saya yakin gangguan kesihatan yg saya alami adalah dr penurunan berat badan saya yg melampau, saya kurang makan dan tido. Ditambah pada penghujung tahun lepas saya agak sibuk dgn bebanan tugas dan jadual kehidupan saya. Mmg saya sgt2 kurang rehat sbb waktu hujung minggu saya selalu keluar daerah.


Niat asal si bomoh giler tu pun rasanya mmg elok, tp setelah dia jumpa saya dan sedikit sebnyk tahu latar belakang saya dan segala apa yg saya ada niatnya berubah, Alhamdulillah saya dpt kesan seawalnya sebelom terjadi perkara2 yg tidak diingini. Tp agak terlambat juga sbb saat itu saya dah meninggalkan kerjaya saya dan keluar dr rumah yg sekian lama saya duduki. Itulah kesilapan yg sangat2 saya kesalkan.


Rupanya sibomoh giler tu cuba nak mempengaruhi saya dan nak menjadikan saya hamba abdi pemuas nafsu dia sajer, niat asalnya nak membantu mengubati penyakit saya hanya sia-sia. Paling saya tak duga sbb yg mengsyorkan saya sibomoh giler itu adalah cucunya sendiri yg merupakan anak angkat mak yg dia jaga dr kecil yg dr mulutnya mengatakan saya dia anggap kakaknya dunia akhirat.


Saya tak salahkan cucu situa giler tu tp saya kesal sbb cucu situa tu skrg ni mengatakan saya tak mengenang budi, tunggulah belom ketikanya saya nak menceritakan segala kedurjanaan situa giler tu pada cucu dia, skrg saya masih berfikir yg keaiban situa giler tu biarlah cucu dia tak tahu, tp kalo keadaan dah melampau nnt jgn terkejut kalo saya bongkarkan segalanya. Saya dipahamkan yg saya bukan mangsanya yg pertama, ada yg terdahulu dr saya yg tak sempat menyelamatkan diri dan tak diselamatkan dek saudaramaranya kerna mereka semuanya telah dikaburkan matanya dgn ilmu giler situa giler.


Itulah kesilapan besar yg saya lakukan dalam hidup ni…skrg ni saya harus membina semula keyakinan diri dan hidup saya demi masa depan. Tak salah dr dulu yg saya selalu pk hidup ni tak boleh mengharapkan orang lain, jd tak salah selama ini saya mampu hidup bersendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun. Mmg nampak angkuh kalo org dengar kata2 saya, tp mmg ternyata kalo kita tak punya aper2 tak akan siapa yg hendak mendekatkan diri dgn kita, dulu saat saya punya segalanya semuanya manis mulut berbicara, kini sedikit sebnyk saya dpt rasa perubahanya.


Yang pasti kluarga tetap bersama2 saya termasuk juga sesetgh kwn2 yg rapat dgn saya, tp aper pun jua, berat mata yg memandang berat lg bahu yg memikul bebanan….








Tuesday, May 12, 2009

Adillah pada diri sendiri

"Adillah pada diri sendiri"…itu kata2 dr seorang teman masa saya sembang2 dgn dia 2 hari lepas…sentiasa bermain diingatan saya kata2 dia yg itu.


Sesungguhnya ketahuilah wahai teman, mmg dah lama saya tak adil dgn diri saya, satu ketika dulu mmg ada hadir seorang lelaki yg sgt2 menginginkan saya menjadi suri hidupnya dan saya juga sgt2 inginkannya saat itu, tp setelah kami berterus terang dan berbicara dr hati ke hati, keputusan yg saya ambil adalah yg menyakitkan saya, tidak sanggup utk saya menghancurkan hati seorang wanita lain. Sebaik saya ketahui dia masih milik wanita lain secepat itu saya menutup pintu hati saya untuknya, walaupun sebenarnya kehadiran dia adalah yg sgt2 saya dambakan setelah sekian lama saya menyendiri.


Sehingga kini kami hanya menggekalkan hubungan sebagai teman rapat, berkongsi segala suka duka, tp masih ada batasannya. Walaupun saya punya banyak ruang untuk mencurah racun dalam perhubungan dia suami isteri kerna saya tahu saat itu dia sgt2 mendambakan saya sebagai surinya yg dapat memenuhi segala kekurangan dan penderitaan yg ditanggungnya selama ini. Syukur saya masih punya pertimbangan.


Walaupun sebenarnya kebahagian dgn dia adalah perkara yg sgt2 saya inginkan, dek kerna tak tergamak menghancurkan hati wanita lain dan kerna prinsip hidup yg selama ini bersama saya, dgn segala kekuatan yg ada saya berikan kata putus yg dia perlu kembali ke dalam rumahtangganya. Saya mintak dia merenung ke dalam diri jgn hanya nampak kesalahan si isteri.


Hmmm..betapa tak adilnya saya pada diri sendiri kan…? Itulah saya…walaupun saya nmpk bahagia ada didepan saya, tp ttp saya tinggalkan dan tanggung segala kesakitannya namun untuk merampas dan menjadi yg kedua terlalu jauh dr angan-anganan saya.


Saya mohon semoga hati dan perasaan saya akan sentiasa seperti ini…moga bahagia akan ttp milik saya suatu hari nnt…..









Monday, May 11, 2009

Listen To Your Heart

Semakin saya yakin dgn segala kata hati….dr awal saya sering ckp pada seorang teman yg saya masih tak percaya saya bakal menamatkan zaman sendiri saya. Saya sering kata walau sehingga detik2 akhir yg segalanya itu seumpama mimpi dan akhirnya segalanya menjadi satu kenyataan yg segala dirancang tak menjadi.


Pendirian saya yg tidak mungkin akan merampas milik wanita lain telah saya kotakan. Penipuan yg dia telah meninggalkan yg pertama sejak 3thn yg lalu ternyata bohong belaka. Syukur kerna semuanya jadi nyata saat saya masih blom diijabkabulkan dengannya.


Hati dan perasaan saya masih dapat saya jaga, apa yg terjadi tidak terlalu membebankan hati saya, rasa malu pun kurang sebenarnya, cuma saya masih terfikir mcmana saya boleh terlena sebegitu jauh dan terlalu mengikut kata dia.


Kerna terlalu ingin memiliki saya dia sanggup mengikut rentak kehidupan saya yg dimatanya serba mewah, sehingga akhirnya dia terperangkap dgn rancangannya sendiri. Tp demi utk mengaburi mata kami dan mendapatkan keizinan keluarga kami dia melakonkan semuanya dengan begitu sempurna. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.



















Friday, May 08, 2009

Andai Itu TakdirNYA

Terharu saya membaca ucapan tahniah dari seorang teman…walau camner pun saya ttp mengucapkan jutaan terima kasih pada dia…


Sesungguhnya sehingga detik ini sorang jer dr teman2 didaerah itu yg tau saya masih kekal dgn status saya ini sehingga harini….niat baik utk mengakhiri status sendiri ni masih belum kesampaian dan tidak diizinkan Tuhan…sesungguhnya saya ttp bersyukur walaupun ada calar dihati dan tercalar juga sedikit maruah keluarga dan diri….


Buat teman yg seorang…doa2 tu moga akan terkabul dikemudian hari…panjang utk saya ceritakan disini kisah itu bagaimana terjadi…tunggulah mungkin satu hari akan saya coretkan sebagai kenangan yg abadi…


Nak saya kata pelamin angan saya musnah tak juga, sbb semuanya terlalu sukar utk saya percaya ianya bakal menjadi nyata….satu yg sgt2 saya dpt pastikan dan tertunai sudah ialah saya tak pernah berangan utk merampas hak wanita lain dan menghancurkan hati mereka…terbukti sudah, segala yg pernah saya kata dgn tindakan saya pada hari kejadian tersebut. Pendirian saya tetap bila ternyata ‘dia’ saya tinggalkan utk selamanya.


Jodoh maut ajal pertemuan telah ditetapkan Tuhan, makanya saya pasrah dgn segala yg telah terjadi…itu sebahagian perjalanan hidup yg perlu saya lalui dan menambahkan kedewasaan saya yg sudah dewasa ni.


Syukur seluruh keluarga memberi saya sokong yg sgt kuat dan syukur juga sehingga hari ini saya masih dpt bertahan dgn segala sisa ketabahan yg ada…

Jutaan terima kasih pada semua yg sentiasa mendoakan kebahagian saya…waktu ni bahagia itu masih jauh utk dijangkau namun saya ttp bahagia kerna semuanya ada saat saya melalui detik sukar dlm kehidupan…


Buat teman nan seorang, disini saya kabarkan yg saya masih kekal dgn status saya ini utk satu waktu yg saya sendiri tak pasti…terima kasih kerna menulis cerita tentang bagaimana terjadinya jalinan persahabatan kita…sesungguhnya saya sudah melupakan segala perkara yg pernah mencalarkan persahabatan kita, jalinan persahabatan itu tetap kekal dihati dan masih tetap mampu mengalirkan airmata bila segala detik kenangan waktu yg pernah kita habiskan bersama bermain diingatan…sebagaimana pesanmu dahulu ‘ingat yg manis2 ajer’ makanya segala kepahitan itu sudah saya kuburkan bersama gerak waktu.