smlm ntah mcmana elok lepas solat aku teringat sgt kat mak Dilla cashier kat ofis tu...apalah keadaan dia agaknya ya...?dah bnyk kali keluar masuk ICU...last minggu lepas dgr dah keluar dr ICU dan guna bantuan oksigen yg biasa...arap2 semoga terus membaik....
lepas tu aku teringat Dilla mintak maaf kat aku selepas setahun dia melahirkan anak yg ke tiga...aku sebenarnya dah lupa apa yg jd bila Dilla mintak maaf ...Dilla siap salam dan cium2 tangan sambil mintak maaf dgn airmata bergenangan aku naik hairan dan aku tanya mintak maaf pasal apa...Dilla bukak cerita yg dah setahun lepas...saat dia mengandungkan anak yg ketiga tu...dia ckp dia ader terlepas ckp kat aku...aku dah tak ingat dan Dilla ceritakan semula....
iya la mungkin mulut aku ni gak yg tak leh nak kaber2 kalo dah nak berckp...dgn badan yg bersaiz besar keadaan Dilla yg mengandung 2-3 bulan tu dah nampak mcm kandungan tu dah besar dan Dilla selalu mengeluh tak larat...jd aku ni dgn tak pk panjang terus ckp kat dia jgn la layan sgt rasa tu nnt buat lagi tak larat...Dilla marah dan kata org tak pernah beranak mmg pandai ckp ajer....dia mengeluarkan kata2 yg mmg pedih utk aku dgr masa tu....mmg itu kenyataan hidup aku dan memandangkan keadaan dia yg mcm tu jd emosi dia kurang stabil maka aku pun letak tepi semua tu disamping mengingatkan diri aku jgn ckp mcm tu lg lain kali kat sesiapapun yg mengandung....
Dilla tak tahu aku pernah mengandung sebnyk tiga kali dan melalui detik2 awal mengandung mcm mereka juga...dan sepanjang itu Alhamdulillah aku tak pernah mengalami alahan yg teruk...aku sihat walafiat sehingga kandungan itu tak mahu lagi berada dalam rahim aku...semua pun tak tahu aku mengandung sehingga aku terpaksa masuk hospital utk membuang kandungan yg sudah tidak bernyawa...kerana aku tidak pernah megalami alahan dan sakit sepanjang mengandung sbb itu tak ramai yg tahu keadaan aku...aku boleh buat kerja seperti biasa dan malahan lebih rasa segar dr biasa...aku boleh bangun pagi dan jalani rutin harian aku dgn sihat...dr pengalaman itu la yg aku selalu ckp dekat mereka2 yg mengandung jgn layan perasaan tak larat tu...tp selalu dikembalikan kata2 yg memedihkan utk aku dgr...Andai Itu TakdirNYA.....aku terima dgn pasrah...itu kenyataan hidup aku...
Dilla terlalu rasa bersalah dan mintak maaf dr aku mungkin selepas dia dgr kisah sebenar dr mereka2 yg tahu...aku tak pernah simpan perkara itu dalam hati...mungkin dah sepatutnya kata2 itu aku terima...itu selayaknya utk aku...aku selalu berfikiran begitu skrg ni...apa yg aku terima dah mmg selayaknya utk aku...pasti ada rahmat disebalik semuanya yg tuhan nak tunjuk...tak tercapai akal ku sebagai manusia biasa utk memikirkan apakah rahmat disebalik semuanya yg terjadi...aku manusia yg serba kekurangan....
aku maafkan Dilla sbb apa yg dikatanya tak salah...mmg aku tak pernah melahirkan anak, aku hanya sempat merasai pengalaman mengandung selama 3 bulan, kesemua kandungan aku hanya sempat berusia 3 bulan...semoga ibumu cepat sembuh dan Dilla dapat kembali bekerja seperti biasa...aritu masa aku melawat tgk kedaan dia dah semakin membaik....semoga terus sembuh....aminnnnn....
No comments:
Post a Comment