Monday, July 09, 2007

hepi anibersari rumah oren....

arini genap usia rumah oren 2 tahun...bnyk kenangan manis tercipta...semuanya akan kekal diingatan s'pai bila2...kat rumah oren saya kenali berbagai watak manusia...semuanya menjadi kenangan terindah buat saya...semoga rumah oren akan kekal selagi kami semua masih di sana...

rumah oren....
saban hari kau ku kunjungi
tanpa rasa jemu dan bosan
tidak kira siang dan malam
disitu ku bermain-main selalu

rumah oren...
kau pengerat segala hubungan
tak kira yg lama atau baru
kami semua senang didalammu
bahagia bila semua bertemu

rumah oren...
utuhlah kau dan terus teguh
tempat kami semua bersatu padu
bergurau senda dan gelak ketawa
menghilangkan segala gundah gulana

rumah oren....
aku ku kunjugimu selagi terdaya
walau mungkin hanya sebaris kata
disana tercipta segala rasa
suka duka gembira dan bahagia
tempat kukenali ragam manusia

rumah oren...
aku akan sentiasa ada
mengunjugimu walau tanpa sesiapa
kerana banyak kenangan tercipta di sana
tak akan mungkin kulupa
akan terpahat diingatan sehingga bila2...

rumah oren...
teruslah kau tersergam indah
bersama keakraban kami semua
menjalani persaudaraan sesama insan
dulu kini dan selamanya...






No comments: