Sunday, August 24, 2008

Luka





Lukaku kali ini agak dalam
Walau bukan kerna putusnya percintaan
Tp kesannya cukup dlm menikam
Walau telah beribu batu aku berpergian
Bila kembali ia tetap diingatan
Masih bisa membuat airmata bergenangan


Lukaku kali ini teramat sakit ku rasakan
Begitu sukar utk aku melupakan
Bait kata yg menghancurkan
Sekeping hati yg mengharapkan pengertian
Sebaliknya pula yg menjadi kenyataan


Lukaku kali ini parah ku rasakan
Tak termampu lagi aku ubatkan
Biarlah masa yg menentukan
Andai sembuh parutnya ttp ada


Lukaku kali ini terlalu bisa
Tp apa
kan daya kerana iya puncanya diriku jua
Aku yg sering mengundang ketidak senangan
Dan lebih rela menyimpan dr meluahkan
Tiada gunanya lagi aku berkata-kata
Tiada lagi kata yg mampu kuluahkan
Kerana tiada lagi gunanya walau sepatah perkataan
Kelukaan itu sebuah kenyataan
Selagi termampu akan aku tanggungkan…


Parah luka ku ini begitu mencengkam…






No comments: