Satu pagi disini Su, mengisahkan lolong anjing dan nyanyi cengkerik yang tiba-tiba terhenti, disapa hujan pagi, dingin dan sepi – akum w.b.t. apakhabar? Moga Su berada dalam situasi yang afiat dan menceriakan. Irama hujan dan senandung dingin malam mengamit abang memutarkan pita memori, merdu suaramu mendesis bersama hujan yang saat ini menitis. Semusim kemesraan yang meninggalkan pelabuhan persis camar yang pulang kepangkuan, merindui kedamaian dulu, camar yang kejap tadi…..merentap harap didada laut. Persisi camar suhanaku, begitulah harapan abang kerana tak diberi peluang memenangi hatimu apatah lagi untuk berteduh dibawah pohon kemesraan dan kasihsayangmu.( Fullstop kejap, kerongkong terasa perit, secawan kopi barangkali bisa memulihkan sesuatu yang pedih dan sedih )
Satu pagi disini suhanaku, Tanjung Keramat tengah merenung senyumanmu yang manis, Detik waktu kembali mewarnai kanvas ingatan. Abang…..suhanaku, hanya sebagai kembara jalanan, terumbang ambing di lautan gelora, mencari-cari erti kehidupan dan kebahagian, atau seketika hinggap didahan mu, suhanaku…..untuk menumpang kasih. Atau terkadang suhanaku rasakan persis pengemis dikota metropolitan, bersila sambil menadah tangan dibawah kotak mindamu, menadah-nadah tangan mengharapkan kemesraan yang sering didambakan atau dering-detingnya mengisyaratkan suratan hidup? Biar apapun detak-detum yang lahir dari dering-detingnya………………………………………………………………….
saya terima email surat ini smlm....hmmm...keputusan telah muktamat saya katakan...maaf tiada ruang dihati ini utk saya tempatkan...maaf kedegilan hati yg telah saya kunci tak mampu saya buka lagi....biar waktu yg menentukan...mungkin ada mungkin juga tiada sesiapa yg dpt membukanya...Andai Itu TakdirNYA....
perlu juga saya pohon kemaafan pada mereka semuanya yg saya kecewakan hatinya...maaf kerana kemesraan saya sudah tersalah ditafsirkan...saya hanya menerima semuanya sebagai kawan....pernah saya buka hati buat seseorang tp malangnya secepat itu juga saya harus menguncinya semula....sehingga hari ini masih saya tutup rapat...biarlah begini selagi hati ini mahu begini....maaf....
No comments:
Post a Comment