Monday, August 06, 2007

dibenci...

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yangmengasihimu di akhirat kelak."

saya pernah letak petikan dr email kat atas di suatu tempat...tp sebenarnya bukan mudah utk tidak merasa gelisah apabila diri kita dibenci...walaupun masih ramai yg lain menyanyangi(tergolongkah saya dalam golongan disayangi?) tp dibenci yg satu itu sentiasa membelenggu hati...walaupun menyedari kebencian itu terbit dr sikap sendiri ia ttp mengganggu diri...kerana itu membawa erti kemaafan yg dipinta tiada bermakna sehingga menerbitkan kebencian dijiwa...andai bisa diundurkan masa pasti saya tidak akan lakukan semuanya...kerana diri terlalu alpa dan terlalu mengikut rasa inilah akibatnya yg saya terima...dibenci menjadi milik saya...

walau tidak secara nyata tp saya dapat rasa...kerana dgn lain2nya dia bisa berbicara dan bergurau senda tp dgn saya langsung tiada...ingin menyebut nama saya juga mungkin dia merasa jelek...mmg sudah menjadi nasib saya...dibenci kerana sikap dan tindakan saya...tidak menjadi kesalahan sesiapa...mmg itu yg selayaknya utk saya terima...ini pembalasan terhadap sikap saya...walau payah saya harus menerima...walau bergenang airmata, itu kerana semuanya sikap saya...dunia zaman ini semuanya cash and carry jd saya harus tanggung pembalasan yg satu ini...jauh di sudut hati saya ingin berteman sebagaimana dgn mereka2 yg lainnya...tp mungkin benar juga...saya terlalu berlebihan dan sentiasa menunjuk2kan sikap saya yg keterlaluan...sehingga menimbulkan kebosanan....hanya kemaafan yg dapat saya pohonkan...





No comments: