kami kat ofis panggil dia dulu shiela majid...nama sebenar dia Maie tak ingat lak nama ayah dia apa...Maie tu nama dalam IC dia nama omputih dia Sheila kami memandai tambah majid tu...bekas pekerja kat ofis kami ni dia dulu ramai yg tak suka sbb dia agak lambat kalau buat sesuatu kerja...nasib dia baik sbb boss department kami jenis tak kisah jd akhirnya dia tercampak kat department kami setelah semua tempat tak mahu dia...mcm biasa la mmg ramai staff yg mengidam nak duduk kat department kami...sbb kakak2 dan abg2 kat department kami ni semuanya mesra alam...mmg tak saya nafikan, keakraban kami satu department mmg sgt2 kami rasai dan kami saling mempercayai bukan saja dalam bidang kerja malah termasuk kadang-kala hal2 keluarga, mmg kami sgt akrab dan bnyk kami kongsi bersama dan kami mmg amat saling mengenali sesama kami, jd jangan ada yg cuba2 untuk memburuk2kan sesama kami....
berbalik pada kisah sheila majid, seminggu dua ni dia kerap datang melawat kami kat ofis, hari pertama mmg kami ingat dia serius dgn apa yg dia cerita, mmg kehadirannya dilayan baik2 ajer, tp keadaan jd makin pelik bila dia mula cerita pelik2, dia kata dia kena rogol dan skrg ni mengandung dan datang ofis kami nak cari lelaki nak mintak kawin dgn dia, dalam merapu tu dia sempat ckp dia skrg ni agama setgh islam stgh kristian, masa ini ramai yg dah start rasa pelik, ada yg pujuk dia dan suruh balik, esok dia datang lagi dan kali ni dia kata ada org ofis call dia suruh datang sbb nak kasi kerja, semua nama yg ada dalam kotak ingatan dia dia sebut, sebenarnya tak ada sesiapa yg call dia, pujuk lagi dan dia balik
sejak tu dia mmg akan datang pagi dan petang, ada ajer yg dia bawa kasi kat kami2 kat ofis ni, ada dia bawak baju kurung dia kata nak suruh saya dan sorang kawan tu pakai, dia ingat nama saya dan lambai2 nak jumpa dgn saya, tp saya jenis takut kat org2 yg mcm dia, jd saya tak berani nak keluar jumpa dia, tp saya kesian tgk dia mcm tu, saya tak bagi pakcik guard ckp kasar2 kat dia sbb org yg terganggu fikiran mcm dia akan bertindak diluar jagkaan kalau dia dah tertekan sgt, sehingga smlm saya masih tak berani nak pergi dekat dgn dia walaupun saya simpati dgn nasibnya....
saya rasa mesti ada sesuatu yg menekan jiwa dia sehingga dia jd mcm tu, serasa mcm saya nak tolong dia tp saya tak berani, mungkin kalau dia ada saluran yg betul utk meluahkan perasaan yg dia pendam keadaan dia akan baik, sbb sblom dia jd seteruk ini dia masih boleh buat kerja, sbb masa dia kerja dulu saya sering memerhati dia, cuma dia agak lambat dan kita kena jelaskan cara nak buat kerja dgn perlahan2 pada dia, kena ckp dgn lembut dan tunjuk satu2 tak boleh order mcm org lain dan kita kena ckp 2-3 kali kalau minta dia buat sesuatu, saya paham dia tak boleh dijerkah2 kalau dia ada buat salah kena ckp dgn lembut dan tunjuk apa salah dia, kalau jerkah2 dia akan tunduk diam dan akan mcm org yg sgt takut, tak tahu kenapa dia mcm tu...
keadaan dia skrg ni mmg nampak agak teruk, smlm dia datang ke ofis dgn spek itam dan bawak mcm2 surat mintak cop dan tandatangan, dia kata nak buat tuntutan socso, kesian saya kat dia, cuma saya tak ada kekuatan utk jumpa dia, saya dah s'pai dekat pintu utk keluar ke lobby tp saya tak berani utk keluar, saya tgk ajer dia dr pintu kaca tu, dia pandang saya dan dia senyum, mmg dah ramai yg naik marah sbb dia menganggu pekerja2 dekat lobby tu tp saya pesan diorang jgn marah2 dia sbb takut nnt dia buat perkara yg nekad org yg ada masalah jiwa tak akan sedar apa yg mereka buat, kalo la saya ada kekuatan saya nak jumpa dia dan nak cuba tanya apa sebenarnya masalah dia sehingga dia jd mcm tu...
saya ambil pengajaran dr kisah shiela, kalau ada apa2 masalah carilah tempat yg tepat untuk kita meluahkan, tak kira la pada sesama manusia atau apa sajer...yg paling penting jgn kita pendam segala yg menganggu jiwa sendirian, salurkan ke mana tempat yg kita selesa dan keluarkan dr fikiran agar ia tak membebankan jiwa dan perasaan kita, mintak nasihat dan pandangan mereka2 yg mungkin pernah mengalami masalah yg serupa, kita kena luahkan kalau tidak mcm mana bantuan hendak diberikan, jangan rasa rendah diri dgn masalah yg menimpa kita kerana ada org lain yg masalahnya lebih parah dr kita....
saya menulis ini juga berdasarkan pengalaman yg saya pernah ada, saya merasa sgt tertekan dgn apa yg jd dalam hidup saya, sekian lama saya pendam akhirnya saya memilih jalan utk meluahkan pada mereka2 yg saya percaya walaupun pada asalnya tidak secara detail saya bercerita, tp sgt bnyk membantu saya dan saya merasa sgt lega dan saya mendengar pandangan dan nasihat2 dr mereka utk saya buat panduan, saat ini juga sekiranya saya merasa ada sesuatu yg menekan fikiran saya akan luahkan dan kalau perkara itu melibatkan teman2 saya akan terus bertanya pada mereka dan jawapan mereka akan melegakan saya dan saya akan tinggalkan apa yg mengganggu itu dan saya anggap ia selesai jd secara langsung dia ilang dr fikiran, ada masanya kalau iya hanya berkaitan diri saya, saya akan menulis di sini dan meluahkan segalanya, selepas itu saya akan merasa ringan difikiran kerana saya telah salurkan semua yg mengganggu itu disini.....
saya terasa ingin membantu semua mereka yg ada masalah, membantu setakat apa yg saya mampu walaupun sekadar menjadi pendengar, saya sgt berterima kasih kepada teman2 yg menemani saya saat saya pernah mengalami tekanan yg teramat suatu ketika dulu, perbualan bukanlah berkaitan masalah saya sepanjang masa tp saat2 dan detik2 yg dihabiskan bersama itu amat berharga, kerana saat dan detik berbicara dgn mereka saya akan lupa masalah yg melanda dan dapat merehatkan fikiran saya dan adakalanya secara tak langsung ada antara yg dibualkan membuat saya berfikir boleh digunakan utk mengatasi masalah dan tekanan yg saya hadapi...jasa teman2 itu sgt saya hargai tak mungkin akan terbalas dek saya sehingga bila2....