Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
ambil petikan kat atas ni ditempat yg aku saban hari kunjungi...terimbau kenangan semasa aku masih bergelar isteri...bukan utk mengaku yg aku ni bersifat seperti isteri yg disebut didalam artikel di atas, TIDAK sama sekali, terlalu jauh...aku hanya ingin meluahkan aper yg berada didalam ingatan...sepanjang dalam alam rumahtangga dr hari pertama aku bergelar isteri sehingga ke hari terakhir aku tidak pernah memintak nafkah perbelanjaan utk diriku...aku tidak pernah menetapkan perbelanjaan yg wajib diberi kepada aku sehingga detik penceraian juga aku tidak menuntut apa yg sepatutnya diberi sekalipun tidak di minta...aku tidak pernah membangkitkan soal perbelanjaan...aku tanggung diri aku semampunya dan semampunya aku turut membantu apa yg tidak termampu dek bekas suamiku..bukan aku nak mengatakan aku sgt baik, tidak....aku tidak sebaik itu...cuma aku mengunakan sikap toleransi didalam sesebuah rumahtangga..aku tahu setakat mana kemampuan bekas suamiku sbb itu aku tidak mahu meminta2...paling aku takut adalah kecewa sekiranya permintaanku tidak dapat ditunaikan...sekalipun utk makan yg aku idamkan aku akan pastikan aku punya wang yg cukup baru aku suarakan...aku hanya memerlukan dia utk menemani aku bukan utk menanggung perbelanjaan yg mengikut selera aku...dr dulu aku cukup bimbang sekiranya perkara ini diungkit sbb makanan akan menjadi darah daging...sehingga ke hari ini aku masih dgn prinsip aku...aku akan makan dan membeli keperluanku sekiranya aku mampu...seandainya tidak aku akan hanya mendiamkan diri tunggu hingga aku mampu....itulah aku.....
No comments:
Post a Comment