Saturday, April 07, 2007

kecurangan...


hari ini aku terkedu sebaik saja membaca kisah kecurangan seorang isteri...aku turut sedih kerana kaum yg membuat kesalahan yg maha besar itu adalah kaum ku sendiri...perkara sebegini tidak perlu disalahkan kepada takdir...kerana tuhan memberi manusia itu akal dan fikiran...seharusnya berfikir dgn waras seblom membuat sesuatu tindakan yg menyalahi agama...sedih membayangkan kebelakangan ini terlalu banyak kisah kecurangan isteri terhadap suami2 mereka...teringat minggu lepas aku membaca suratkabar cerita yg sama sang isteri ditangkap sedang berasmara oleh suami, anak2 dan kluarganya sendiri...aper pun punca kecurangan bukanlah alasan untuk seorang isteri mencurangi suami dan terlanjur dgn lelaki lain...aku tetap berpegang teguh setiap masalah yg timbul dalam rumahtangga tidak perlu diakhiri dgn kecurang utk mencari jalan kluar...punca masalah perlu diketahui dan diperbincangkan sehingga mencapai satu keputusan....aku menulis disini berdasarkan pengalaman yg aku sendiri pernah lalui....

mmg pahit untuk dikenang tetapi ia sebuah pengajaran dan aku bangga kerana aku masih mampu mempertahankan prinsip dan peganganku selama ini...tidak pernah ader istilah kecurangan dalam kisah rumahtangga yg pernah ku lalui...kalau diikutkan godaan dan cubaan yg datang tiada siapa yg menyangka aku mampu menepisnya....bukan aku berbangga diri menulis kisah ini disini...tp sehingga ke hari ini aku semakin yakin dgn prinsip yg aku pegang selama ini...dan aku memohon semoga tuhan mengekalkan aku selamanya begini....paling tak ku sangka kerana suami sendiri yg menuduh aku curang...dan aku menunggu setahun untuk dia membuktikan kecuranganku...aku berani bersumpah sekiranya terbukti kecuranganku aku rela dihukum aper saja...aku berani mencabar minta dibuktikan kerana setiap pasangan yg bercinta tidak akan mampu menahan diri dr tidak berhubungan selama setahun...pasti ader hari yg aku akan mencuri kluar bertemu kekasih hati seandainya itu benar2 terjadi...syukur kerana itu tidak benar dan sehingga ke hari ini aku ttp adalah aku....

tidak aku nafikan kebanyakan rumahtangga hancur akibat kecurangan tp syukur rumahtangga ku hancur bukan kerana kecurangan aku dan aku tidak berani menuduh bekas suamiku curang kerana aku sesungguhnya tidak tahu dan tidak pernah sekalipun terlintas difikiranku dia berbuat curang, walaupun ader yg mengatakan dia menduakan aku, aku ttp tidak mahu membuat prasangka dan menuduh perkara yg aku tidak ketahui...sehingga ke hari ini aku masih dgn corak pemikiranku...aku yakin dia setia sebagaimana setianya aku semasa kami masih dalam alam rumahtangga...ader yg kata aku bodoh kerana terlalu percaya dan tidak pernah mecurigai setiap tindak tanduk suami...aku adalah aku, aku yakin seandainya dia tidak jujur dia tidak akan mampu menjalani hubungan dgnku untuk selamanya....dan akhirnya inilah yg terjadi....rumahtangga kami hancur akhirnya...

kecurangan dibalas dgn kecurangan akan memincangkan sebuah rumahtangga...aku teramat tidak mendukung pendapat sesetgh isteri yg membalas kecurangan suami dgn kecurangan juga...aku pernah mengenali seseorang semasa menguruskan proses penceraian aku dia mahkamah tempoh hari...perkenalan yg hanya sementara kerana aku merasakan dia akan membawa masalah dan pengaruh yg tidak baik terhadap aku...Aida berlaku curang kerana ingin membalas perbuatan suaminya yg curang...akibat dr kecurangan yg dilakukan proses penceraian mereka sudah memakan 2 tahun tidak selesai...aku mendengar cerita Aida dgn penuh rasa terkejut...Aida berlaku curang kerana suaminya curang, dia ingin membuktikan kepada suaminya yg dia juga mampu buat aper yg dibuat suaminya...ini cara pemikiran yg salah yg mmg tidak akan aku sokong langsung...dan aku turut menyalahkan Aida kerana itu proses penceraian mereka tidak pernah akan selesai...aku yakin kalau Aida tak melakukan kecurangan proses penceraian mereka akan selesai sebagaimana penceraian aku selesai dalam tempoh satu bulan...semua merasa tidak percaya kerana proses penceraian aku berjalan lancar tanpa menunggu bertahun sebagaimana mereka2 yg lainnya...seandainya sudah tiada cinta didada minta dilepaskan dgn cara yg baik tanpa melakukan kecurangan...kecurangan hanya merosakkan diri sendiri dan akan dihantui rasa bersalah selamanya...

syukur aku tidak memilih jalan yg salah sekalipun kehancuran ttp menjadi milikku...kecurangan bukan punca dalam keretakkan rumahtangga yg aku bina...yg pasti aku ttp gagal dalam rumahtangga kerana tidak berjaya membawa kasih sehingga ke hujung usia....Andai Itu TakdirNYA.....




2 comments:

evokampung said...

pasti ada hikmah di sebalik semua itu,
sebagaimana yg saya rasakan sekarang

puteri said...

thanks wlb7465...maaf lmbt sgt baru say tq...baru ada kesempatan utk tgk blog ni semula....