suatu masa dulu aku berjaya menipu mata sanak-saudara, kaum keluarga, teman-teman dan kenalan-kenalan dgn gya hidupku yg di mata mereka sgt bahagia...segalanya ku pendam jauh-jauh di lubuk jiwa...segalanya aku hanya balas dgn senyuman, mereka kagum melihat kemesraan kami sekian lama dan hairan melihat kami masih bahagia walau tiada cahayamata, kata mereka 'tak apa tak ada anak asalkan suami kita sayang kita' aku hanya senyum mendengar semuanya, jgnkan teman-teman dan kenalan, keluarga aku sendiri tidak pernah menyangka apa yg terjadi dalam rumahtanggaku, semuanya ku pendam tersimpan kukuh sebagai rahsia sebuah rumahtangga, semuanya ku lakukan demi maruah seorang lelaki yg bergelar suami...
suatu masa dulu aku pernah berangan menjumpai tempat seperti ini untuk meluahkan segala yg terpendam dijiwa, saat itu aku tidak berapa celik tentang alam maya yg satu ini, perlahan-lahan aku berjinak-jinak dan mulai mengenali tempat seperti ini, di sini tempat ku luahkan segala yg terpendam dijiwa, ku isi kekosongan masa dgn berbicara sendiri di alam maya ini, di alam maya ini aku dapat teman yg rapat yg aku selesa bercerita apa saja, cuma satu saat itu aku tak pernah menyatakan status aku secara nyata, kerana aku masih berpegang teguh pada peganganku, aku bimbang sekiranya aku luahkan segalanya ibarat aku membuka pekong didada dan mengkhianati kepercayaan seorang bergelar suami, saat itu juga sebenarnya aku tidak mahu sesiapapun memandang rendah pada lelaki yg menjadi suamiku, saat itu aku berfikiran selagi dia suamiku semampu mungkin akan aku cuba menjaga maruahnya sekalipun dia tak dikenali sesiapa....
aku berjaya mengaburi mata teman-teman yg selama ini mengenali aku dgn segala kepura-puraan, mereka merasa iri melihat kami sentiasa bergandingan tangan ke mana saja, bnyk masa kami habiskan hanya berdua, selama 10 tahun begitu masa kami terbuang dalam kepura-puraan, sesungguhnya aku melakukan segalanya saat itu dgn penuh keikhlasan kerana dia adalah suamiku, apabila badai melanda satu persatu terbongkar sehingga menjadi ribut dan taufan...hancur berkecai tiada apa lagi yg bersisa...dan akhirnya tiada lagi ikatan yg murni antara kami....
saat ini masih ada yg tidak mengetahui hakikat kehidupan yg aku harus lalui, ada yg masih berjaya aku kaburi mata mereka, hanya mereka-mereka yg rapat dgn ku mengetahui kenyataan yg melukakan ini...walaupun sepahit mana semuanya harus ku telan jua...yg pahit itulah biasanya penawar, kemanisan hanya bisa menyakitkan...
No comments:
Post a Comment