Tuesday, April 03, 2007

terluah jua.....

telahku luahkan segala....terasa begitu damai dijiwa....sebagaimana aku mengharapkan kejujuran aku terlebih dulu seharusnya berlaku jujur....sekian lama ku simpan.....sebuah rahsia yang seharusnya semua ketahui agar tidak ader fitnah melanda diri....tp yang nyata....situasi aku ini mmg sering dipandang hina dan sering disalahertikan oleh mereka2 yg cetek pengetahuan dan singkat pemikiran....tp apalah dayaku untuk mengawal corak pemikiran manusa2 lainnya....biar mereka beranggapan apa saja yang penting aku adalah aku....

terima kasih buat teman yang sudi menjadi pendengar yang setia....hari ini telah ku curahkan segala....ketahuilah olehmu aku seikhlasnya bercerita....kerana kau teman yang selama ini ader bersama....dulu bukan niatku berahsia untuk berbuat yg tidak baik...cuma mmg prinsipku tidak akan membuka pekong didada....tambahan melibatkan rumahtangga....selagi mampu bertahan aku cuba mempertahankannya....tp takdir telah tertulis...aku pasrah dan redha Andai Itu TakdirNYA....ketahuilah olehmu teman....bukan kau saja yang merasa tak percaya malahan mereka2 yang saban hari bersamaku merasa sgt hairan dan tidak percaya kerana selama ini kami dikata pasangan bahagia berganding tangan ke mana sahaja sgt romatis di mata mereka sehingga ader yang merasa cemburu dijiwa...aku hanya mampu tersenyum menelan semua rasa....kerana berpegang teguh pada prinsip diriku....

kesetiaanku dipersia....tak mampu untuk aku mempertahankannya....cukup selama ini aku bersabar....aku hanya manusia biasa....kesabaran ku terbatas cuma....tidak terdaya hanya aku yang berusaha membutakan mata, membekukan hati, memekakkan telinga dan membisukan bicara....selama ini ku cuba memeprtahankan istana yang dibina kerana menyangka kasihnya setulus dijiwa....kerana ke sungguhannya aku membuka hati walaupun tanpa cinta di dada....aku belajar menjadi pasrah mungkin dialah takdirku....tp sayang hanya seketika....kasih yang dibina hancur jua...kerana selama ini dia berpura tiada keikhlasan didalam jiwa....kerana itu dia berprasangka....tidak ku pinta lahir ke dunia hanya untuk merasai derita....tidak pernah ku minta rumahtangga tidak dihiasi cahayamata...hanya tuhan maha mengetahui bagaimana deritanya dijiwa ini melihat teman2 saban tahun menambah keluarga....ku tahan diri dibuat aper sajer demi membuktikan aku mampu melahirkan zuriat....ku tahan segala sakit yang melanda demi untuk tidak berputusasa....tapi akhirnya....

walau terasa derita dijiwa namum tiadaku simpan dendam dijiwa....ku doakan kau bahagia andai kau masih mampu membina keluarga...semoga dikurniakan zuriat2 penyeri rumahtangga....sudah tertulis takdir kita setakat itu sahaja....selama ini aku tak menyedari disebalik semua yang kusangka kekurangan diri memberi seribu rahmat yang tidak terperi....aku memahami akhirnya setiap derita pasti akan tuhan akhiri dgn bahagia....rahmat disebalik tiada cahayamata inilah dia, tuhan menyayangi aku dia tidak mahu aku terbeban akibat perpisahan sbb itulah tuhan tidak mengurniakan kita cahayamata....sgt2 aku syukuri kerana tidak tergadai masa depan anak2....

buat teman yang telah ku curah segala...semoga persahabatan kita akan kekal selamanya....inginku lihat kau bahagia dgn dia yang kau cinta....dan jdlah lelaki yang mulia yang membimbing keluarga, punya cahayamata menyeri rumahtangga, ku tahu kau pencinta yang setia yang tak mudah tergoyah rasa, ku doakan kau kekal begitu selamanya dan bahagiakan dia yang kau cinta....








No comments: